Followers

Sunday, January 24, 2010

Suntikan Pencegah Kehamilan


Suntikan Pencegah Kehamilan merupakan kaedah perancangan keluarga secara suntikan hormon progesterone. Terdapat 2 jenis suntikan iaitu:-
  1. Depo-provera - bertahan 12 minggu (3 bulan)
  2. Unidepo - bertahan 8 minggu
Suntikan Pencegah Kehamilan berfungsi:-
  • Menghentikan pengeluaran telur (ovulasi)
  • Menjadikan cecair pangkal rahim (serviks) lebih pekat dan mengha;ang kemasukan sperma ke dalam rahim semasa hubungan seks
  • Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk perlekatan janin
Keberkesanannya sehingga 98%

Kebaikan dan faedah suntikan pencegah kehamilan ialah:-
  • Mencegah kehamilah
  • Mengurangkan masalah endometrriosis, kanser pangkal rahim, jangkitan fungus dan pelvik
  • Ia selamat digunakan oleh wanita yang  penggunaan hormon estrogen dilarang
* sekiranya suntikan pencegah kehamilan diberi secara tidak sengaja semasa kehamilan, setakat ini tiada kecacatan yang serius berlaku terhadap janin.

Kesan sampingan:-
  • Kesan terhadap kitaran haid - Kitaran haid mungkin menjadi tidak tetap sama ada ketiadaan haid, terlalu sedikit atau terlalu banyak @ jarang berlaku)
  • Kenaikan berat badan
  • Kesan terhadap kesuburan wanita - Lebih 60% selepas berhenti menggunakan suntikan pencegah kehamilan berlaku dalam tempoh 12 bulan dan adakalanya sehingga 24 bulan. Terdapat kemungkinan kitaran haid lambat kembali kepada sediakala.

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Azrina said...

Saya memang serasi guna depo injection ni. Kalau camtu saya teruskan je lah insyaallah Aisyah 3thn kot nak rancang semula, harap suami terbuka pintu hati dan harap sangat kali ni BOY.

umialya09 said...

ermm.. apa2pun persefahaman suami isteri penting. Doa dari kejauhan, disuatu hari nnt along dikurniakan bb BOY..Insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink