Biasanya seminggu sekali aku akan menyediakan aneka puree buah-buahan sebagai makanan sampingan Alya dan 'frozeen'kan ia. Biasanya puree ini akan diberi berselang seli dengan bubur nasi. (ntah le, aku x gitu suka campurkan puree terus kedlm bubur, maklum le, orang kampung, x reti nak makan alaa barat..)
Makanan asasi untuk Alya iaitu bubur nasi di masak setiap pagi dengan menyediakan pelbagai jenis sup sbg kuahnya.
carian google
Inilah caraku menyediakan Puree Epal untuk Alya, mungkin lain orang, lain caranya. Ia bukan sahaja digemari dek Alya tetapi anakku yang lain juga.
Buah epal dikupas kulitnya dan potong kecil2
Panaskan sedikit air, biarkan mendidih,
masukkan buah epal yang telah dipotong tadi,
Tutup dan biarkan mereneh seketika (3-5 minit)
Angkat dan sejukkan
Masukkan dalam pengisar dan kisarkan halus
ok, dah siappun..
Masukkan kedlm bekas (ikut suka nak simpan dlm bekas apa..), frozeenkan ia
(1 bekas = 1 biji epal)
Biasanya, sblm tido, turunkan 1 bekas ke bah. bwh 'peti ais'
Nota;Alya suka mkn puree epal yang disejukkan








