Followers

Thursday, July 8, 2010

Spectra 3

Bila pulak aku menjadi duta/jurucakap tak bertauliah pengepam jenama Spectra 3 (S3)??  hehehe.. xper le.. lantik diri sendiri.. tambahan pula bagi menunaikan janjiku pada Lynd (KasehKu), sbnrnya aku bukan pandaipun sekadar melalui pengalaman.. lain le jika duta product ni,  baru le layak bercakap..

Penggunaan Spectra 3 amat mudah sebab ia tidak mempunyai banyak peralatan tambahan, pasang kesemuanya dan sambung ke soket elektrik,   'On'  (adjust 'suction' jika perlu ) mudahkaan!.
Cuma yg ni je spare partnya.

Main Body  S3. Bah. tepi kaler hijau tu adalah 'Switch' -  On, Off

kaler biru dipanggil  ' Valve Head',  dan  'Membrane' (kaler Putih kecil kt depan tu), yang ni perlu dipasang selalu, jika x ader salah 1 maka takder suction. (kena jaga baik2 le, jgn bg hilang) Kat belakang tu, semua dah tau kaan, 'breast shield', corong tu dilekatkan pada 'B' kita. Bah atas  adalah penyambung   'Air Tube' - 'Main Body'

 
 Valve Head,  'Membrane dan breast shield yang telah dipasang, (2 yg berkaler putih kt blkg tu cuma bottle stand dan Wide cap - cam le korang x tau, sila abaikan seketika)

Pasangkan pada feeding bottle @ storage bottle dan sambungkan 'Air tube'  pada Breast Shield, pasang 'switch', ok, sudah siap dan boleh mula mengepam.

 Jika nak buat double pumping, sambungkan  2 salur 'Air tube' pada mesin dan perlu menggunakan 2 'Breast Shield'.

Vacum Regulator Valve - untuk kawal sedutan
( putar ikut pusingan jam)

Apa yang menariknya S3, boleh dikatakan hampir kesemua jenama botol yang berada dipasaran adalah padan / bersesuaian dengan pam S3 (breast shield) 

Penjagaannya pun mudah juga:-
  • Main Body - cukuplah sekadar di lap dengan kain lembab 
  • Semua spare part boleh di sterilkan kecuali ' Air Tube'. Memadailah cuci sekali seminggu dan di jemur hingga kering (pastikan ianya kering sebelum disambung ke 'Main Body')
  • Pastikan suction berada ditahap minimun dan dinaikkan pelahan2 mengikut kesesuaian
  • Elakkan  susu melimpah keluar (jika nak S3 sentiasa dalam keadaan baik)
Spare Part boleh disterilkan (prosedur steril ke ni?  rasa2nya tak kot, kiranya prosedur 'bersih' je, apa yang pasti sebelum prosedur ini, pastikan tangan dicuci bersih2 menggunakan sabun, bukan sekadar dibawah  air lalu weh!!) dengan cara:

a) Sterilizing Tablet

b) Bottle Sterilizer

c) Air panas
Panaskan air hingga mengelegak

Masukkan peratan 'feeding' dan biarkan dalam 5 - 10 minit (gunakan  api perlahan, nnt rentung kaang!)
Angkat dan toskan kering

Simpan ke dalam bekas bertutup (terpulang le nak letak kat luar @ dalam peti ais)

Lain2 tu, jika teman2 ada penambahbaikan @ apa2 pembetulan, dipersilakan,  maklum le, kita sama2 belajar.. 


Buat Lynd, jika ada sebarang kekeliruan, pertanyaan ke.. jgn malu2, k.. jika akak tersilap bg info, Insya Allah, ramai lagi rakan kita diluar sana yang akan perbetulkan.

7 komen yang kalian berikan, tqsm..:

KasehKu said...

Terimaaa kasehhhhh banyakkkk..
Sy ada soklan :
1. Wide cap tu untuk apa?
U connectkan dengan botol y mulut besar ke? Macam Avent?

2. Sy ni pemalas. Sy tak pernah adjust pun valve tu. Terus seting y kuat pastu on suis. Tak pnh start dr slow pastu adjust kasi kuat. Tak per ke?

3. Normal ke klu tiba2 mcam xder sedutan masa tengah2 pam. Dlm 30 saat pastu dia mula balik. Sy sblm ni guna avent manual so tak tau electrik pump pnyer operasi cmner.

**Terima kaseh bnyk2 kak. Byk keje akak kena bt u N3 ni je. Susun part pastu amik gambar lg. Terharu tol**

umialya said...

1. Wide cap tu untuk letakkan 'breast shield', kiranya sbgi stand sblm @ slps mengepam, semasa nak
mengepam, bukakan ia.. kalu guna yg tu.. maner muat 'feeding bootle' kan!

Avent, x der komen sbb x pnah guna, x leh bygkn

2. Nipple kitakan lembut dan sensitif, risau takut terluka @ sakit jika terus guna yg kuat. Seeloknya guna yg slow dulu, naikkn hg k tahap yg sesuai.

3. Akak x pernah alami keadaan ini, sebaiknya cuba tnye 'penjual'.. mgkn mesin tu ada mslh kot!

Guna elektrik mmg best sbb cepat tp yg lecehnya sbb x leh guna jika xder soket elaktrik / time elektrik xder.. huhu

Demi Lynd, akak rela susah sikit.. x susahpun! sekurang2nya akak dpt buat n3 baru

umialya said...

Oooo, maaf, soklan lain, jwp lain, guna feeding bottle 'mulut' yg biasa je..

mie_rahim said...

sy guna spectra 3..memang senang dan best..kekadang terasa cam anak yang sdg isap..atau daku yg sedang berhalunisasi..hehehe..papepun, spectra berbaloi.

KasehKu said...

N3 yang berbaloi2.
Sy sukeeeee.
Thanx.
Pasni sy tanpa segan silu nak tanya soklan lg.
Saya tak kira.
Terima Kaseh banyakkkk2.
Hanya Allah yang mampu balas.

umialya said...

mie_rahim..
Bukan halusinasi, kenyataan

umialya said...

KasehKu..
xper, jgn segan, jgn malu

Kalu akak tak terjwb, ramai rakan kita yg singgah di sini boleh tlg jwbkn!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink