Followers

Wednesday, July 18, 2012

Ulser Mulut

Pinjam En. Google, tak kuasa nak ambil gambar sendiri..

Sudah beberapa hari ada ulser kat gusi, mujur setempat je, sakitnya.. nak makan susah, nak membebelpun rasa cam tak jelas je butir2 ayat yang keluar dari mulut..

Beraneka cara sudah gunapun bermula dengan berkumur menggunakan air garam & sapu bonjela pada ulser tersebut akan tetapi masih belum baik2 lagi. Hurmmm nak makanpun kena pilih makanan yang lembut2 je, maner boleh nak hentam makanan seperti hari2 biasa..

Info mengenai Ulser Mulut..
Ulser mulut merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus @ fungus, kemungkinan disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir @ lidah dsb.
Antara punca2 Ulser Mulut ialah:-
  • Kekurangan zat makanan spt Vitamin B12, Vitamin C,  Asid Folic dan Zat Besi (kena beli bayam banyak2 ni, nak makan hati, tempe tak boleh nak kunyah..)
  • Hormon yang tidak seimbang (mungkin kot..)
  • Stress (kemungkinan besar, maklum le kerja banyak..)
  • Kurang rehat / tidur
  • Keadaan mulut yang tidak bersih.
  • Rawatan spt X-Ray / Kemoterapi
Rawatan:-
  • Minum air suam banyak2
  • Rehat dan tidur yang cukup
  •  Menjaga kebersihan mulut
  • Mengambil makanan seimbang terutama Vitamin B12 & Vitamin C 
Kebiasaannya ia akan sembuh dalam tempoh satu hingga 2 minggu selepas mendapatkan rawatan.
Nota: Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda2 awal kanser mulut.

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

nur said...

Dulu saya selalu kena ulser mulut. Lepas tu saya baru perasan yang saya allergik dgn ubat gigi yg ada florida. Bila guna ubat gigi halagel, dah lama tak kena ulser. Mungkin kak tini boleh cuba ubat gigi tu kot sebab dia ada kandungan bunga cengkih :)

Masa kat sini pun kena ulser jugak bila stok ubat gigi halagel habis. Nasib baik sempat kirim dekat kawan yang datang sini, baru masalah selesai :)

Suhana Shuib said...

Su tak suka bilakena ulser..tensen..nak makan pon payah..

ieda said...

huhuhu kalau ieda selalu letak garam kak .. cepat je bkecut ;)

Che Rosliza Che mat said...

Kalau mata ikan memang sakit....tak ada selera makan pun ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink