Followers

Tuesday, July 3, 2012

musykil..

Apabila sering kali keluar daerah, kami ketemu dan akan singgah masjid ataupun surau untuk solat, ada sebilangan kecil pada masjid tersebut tertera perkataan "TIDAK DIBENARKAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH MASUK KE DALAM MASJID INI" di segenap laluan masuk .

Si kecil kami - Alya, pantang kami singgah ke masjid, berkobar2 semangatnya untuk solat bersama, akan tetapi apabila terbaca tanda amaran di atas, hati si ibu mula terasa tidak keruan, boleh ke tak boleh ni nak bawa anak kecil bersama?.

Apa pandangan kalian berkaitan isu diatas?, kita kongsi bersama sebagai panduan semua.

17 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ummu Muhammad said...

kite memang tak setujulah kak tini..kenapa mesti nak jauhan ank kecil dar masjid..tak faham jugak kadang2..lebih bijak sediekan masjid mesre anak2..jadikan mereke cinte masjid dari kecil..susah jugak T_T

kak tini (umialya) said...

Ummu Muhammad..
itulah.. jika sebuah masjid cuma yang tertera tanda amaran berkenaan, ia boleh dimaafkan sebab mungkin pandangan setempat.

ini tidak, akak ader ketemu beberapa buah masjid yang punyai tanda2 amaran tersebut.

nak ambil gambar sbg bukti, rasanya tak sesuai lak.

Riswin Zahari said...

Err.agak tidak patut..
Even kanak2 ni mmg patut di didik solat sejak umur 7 thun..
Takkan lah smpai nk melarang mereka utk msuk ke masjid.. =_='

ieda said...

aah 6 tahun kan akk
rasanya kalau 6 tahun dah pandai behave .. kalau bawah 6 tahun haa logik gak huhuh

anisalya said...

ada budak2 yang kadag2 mak bapak tak kawal. bising dan ganggu jemaah. itu yang ada tanda macam tu.

outbound training malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

ummu said...

salam Tini.saya rasa pihak masjid buat cenggitu sbb ada anak2 yang berlari2 dlm masjid sampai ganggu jamaah nak solat dan ibadah.apapun sebenarnya bagus kalau kita beri peluang dan ruang utk anak kecil ke masjid agar jiwanya cintakan masjid dan agama terbina dari kanak2 lagi.

izz iizza said...

eh kenapa lak nk buat camtu..salah ker kanak-kanak nak masuk..ishh x patut dn sy x pernah dengar lagi ni arahan camni..

Che Rosliza Che mat said...

Tak pernah baca hadis yg mengatakan tentang anak yg bawah umur 6 tahun tidak boleh masuk masjid...CR memang tak setujulah..kenapa mesti nak elakkan ank kecil dari masuk masjid....camna kita nak didik anak supaya cinta masjid? Dari kecillah kita patut ajarkan...dunia sekrg...

Nora Shahaira said...

memg tak setuju..
nabu muhammad pun tak pernah marah kan cucu dia ganggu solat..ye la..cucu baginda ye..
ni anak org lain..tp memg tak setuju..pasti masjid itu tak rami dikunjungi oleh insan berkeluarga..pasti la susah nak urus kan anak..kena gilir2..bg yg nak cepat..haa...pergi tmpt lain la..

bg yg tetganggu..jgn asyik mencari salah budak2 tu..apa kata kita cari jalan tambah kekhusyukkan kita dalam beeibadah..

kak tini (umialya) said...

Riswin Zahari
Akakpun berpandangan sedemikian jua

kak tini (umialya) said...

ieda
Alya baru je 2 thn lebih..

kak tini (umialya) said...

anisalya..
mmg ader budak2 yg wat bising, perlulah tegur secara terus tp kalu wat papan kenyataan seperti diatas. seram gak nak bawa anak2 ke masjid

kak tini (umialya) said...

ummu.. yalah sebaiknya kita latih mereka sedari kecil lagi

kak tini (umialya) said...

izz iizza
mmg ader beberapa buah masjid yg tampalkan kenyataan itu tp segan le nak kuarkan kamera bagai nak ambik gambar sebagai bukti, sekadar ambil ayat je

kak tini (umialya) said...

che Rosliza Che Mat..
Mungkin ia bergantung kepada AJK setempat

kak tini (umialya) said...

Nora Shaihara..
betul2, akak setuju sangat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink