Followers

Tuesday, September 24, 2013

Amalan Douching


Tuesday, September 10, 2013

suntikan vaksinasi

Tertarik dengan penulisan Dr. Suhazeli Abdullah berkaitan dengan kewajiban untuk memberi suntikan vaksin kepada anak-anak.

Saya sendiri pernah berdepan dengan pesakit muda yang mengidap batuk kokol, kesian melihat keadaan anak tersebut dan difahamkan sepanjang usianya ketika itu, dia tidak pernah diberi suntikan vaksin kecuali sejurus selepas dilahirkan iaitu Hep. B & BCG, wallahualam..

Apa2pun tepuk dada tanya selera, keputusan di tangan kita sebagai ibubapa, masing2 berhak pada pandangan sendiri.

Wednesday, August 28, 2013

Kematian Bersalin

Sumber


Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama

SEORANG wanita bersalin anak kelima dan cukup bulan tanpa sebarang komplikasi. Namun, ketika pemantauan rutin kira-kira empat jam kemudian, jururawat menemuinya dalam keadaan tidak bermaya, pucat dan sesak nafas. 

Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan nifas yang berlebihan atau manifestasi penyakit jantung dan paru-paru yang jelas. Kajian ultrasound jantung atau ‘echocardiography’ mendapati bahagian kanan jantung membengkak dan tidak berdenyut dengan baik - petanda saluran darah ke paru-paru sudah tertutup berikutan peralihan gumpalan darah beku dari kaki ke paru-paru.

Inilah kesan masalah embolisme paru-paru akut yang menjadi cabaran getir bagi setiap pengamal perubatan yang mengendalikan wanita mengandung dan baru bersalin. Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 15 peratus kes kematian ibu mengandung atau yang baru bersalin, disebabkan masalah itu. 


Ia disebabkan dua punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau ‘deep vein thrombosis’ yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah empat kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah lima kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak. 


Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau ‘amniotic fluid embolisme.’ Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti. 


Dua punca itu mempamerkan manifestasi klinikal yang sama iaitu, wanita berkenaan mengalami sesak nafas, tekanan darah merudum, kadar nadi meningkat drastik, pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri. 

Justeru, mereka yang mengiringi wanita itu seperti suami, perlu prihatin dan mengamati keadaan isteri ketika bersalin dan selepas bersalin. Jika ia berlaku, wajarlah jururawat atau doktor dimaklumkan secepat mungkin bagi rawatan segera. Andai berlaku di rumah, pastikan bantuan pernafasan dan tekanan dada cardio-pulmonary resuscitation atau CPR didahulukan sementara menunggu bantuan ambulans. 

Apakah faktor risiko masalah ini? Bagi wanita tidak mengandung, pengambilan pil perancang keluarga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, merokok, berat badan berlebihan, penyakit kronik lain seperti kanser atau keadaan yang mana kurangnya pergerakan fizikal berpanjangan seperti patah tulang kaki atau pinggul, duduk terlalu lama dalam kapal terbang - semuanya boleh menambah risiko gumpalan darah di kaki. 


Bagi ibu mengandung, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko. 

Kaedah rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Jika disebabkan gumpalan darah beku, maka pesakit perlulah dirawat dengan cara ‘fibrinolysis’ iaitu menghancurkan gumpalan darah berkenaan. Tahap kejayaan menggunakan kaedah rawatan ini adalah amat tinggi tetapi perlu disusuli ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan ia berulang. 

Ubat seperti Heparin dan Warfarin perlulah diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bersalin dan tanpa henti. Jika disebabkan air ketuban, maka pesakit perlu diberi bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum. Seperti yang disebut, kadar kematian disebabkan oleh punca ini adalah 80 peratus dan usaha menemui cara rawatan terbaik masih lagi diteruskan. 


Info 

Embolisme paru-paru akut 


  • Punca utama kematian ibu mengandung dan yang baru bersalin. 

  • Tanda-tanda perlu diamati termasuk sesak nafas, tekanan darah merudum, peningkatan kadar nadi dan pesakit kelihatan pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri. 

  • Faktor risiko - umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko. 

    Rencana oleh Profesor Madya Dr Azarisman Shah Mohd Shah,
    Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Pengarah Pusat Konsultasi Klinikal, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, Pahang

    Nota: Mood sedih, anak saudara sedang menerima rawatan di ICU akibat masalah ini, moga beliau terus kuat melawan kesakitan & tiada kejadian buruk yang menimpa dirinya serta bayi di dalam kandungan, aamiin..
  • Thursday, June 6, 2013

    Anak cerewet makan?

    Tips:
    • Mulakan dengan memberi makanan dalam kuantiti yang sedikit, beri pujian apabila mereka berjaya habiskan makanan tersebut, secara tak langsung, ia menggalakkan anak2 untuk menghabiskan lagi  makanan yang ada.
    • Gantikan nasi dengan biskut, roti, mee dsb yang menjadi kegemaran anak2 sebab ia juga adalah sumber karbohidrat.
    • Makan bersama sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, secara tidak langsung anak2 cenderung menghabiskan makanan yang diberikan apabila berada di dalam suasana yang ceria.
    • Sayur hijau boleh dicincang dan dicampurkan ke dalam nasi, kita juga boleh menutup nasi yang bercampur sayur dengan kuah, cara ini perlu diteruskan sehingga anak2 menerima hidangan sayuran.

    Friday, May 24, 2013

    muhasabah diri


    Saturday, March 2, 2013

    Salam takziah buat Abil & keluarga..


     Innalillahiwainnailairojiun, al fatihah buat Gee, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..

    Monday, February 25, 2013

    Jadual Gaji 2013

    Up..

    Thursday, February 7, 2013

    Kisah 50 sen

     
    Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.

     Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas. 

    Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu 

    Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

    Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?

    Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

    Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

    Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasin.


    Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

    Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

    Esok hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

    "Pencetus Inspirasi Usahawan"

    www.gsr2u.com.my/auraGSR 
    Al Syifa Business Centre
    Taman Universiti, Sku

    Tuesday, January 29, 2013

    mutiara kata

    "Cuba elakkan dari kita gosip, cuba elakkan dari kita mengata, cuba elakkan dari kita mengumpat. Semua ini akan membuatkan hati kita menjadi keras, dan orang yang hati keras, orang itu paling jauh dengan Allah" - Ustaz Don Daniyal

    Hati2

    Banyak kali daa jumpa..

    Saturday, January 19, 2013

    Inikah kawan?

    Friday, January 18, 2013

    Cara2 Tingkatkan UV - Unique Visitors pada blog

    Jelesnya tengok Unique Visitors (UV) teman2 iaitu IntanBerlian & Fieda, beribu ribu UV mereka  setiap hari..

    Antara kata2 mereka ialah:-

    "Kalau u all perasan,  2 hari saya publish 6 entry sehari.. malam pun publish.. hahahh.. Actually, 2 hari tersebut adalah hari di mana saya sedang cari rentak, macamana nak dapatkan 2000 UV.. berapa entry perlu publish sehari & pukul berapa perlu publish entry.. itu yang saya sedang buat kajian di blog saya ni... cewahh ayat tak menahan, kajian lagi.. ahhahhah"
    sampai 6 entri di dalam sehari, awal2 lagi saya tarik diri, tak berkemampuan..

    Last sekali nak cite bab followers blog ni...alhamdulillah nmpk angka 2k++ mmg best kan.ambik masa 2 tahun nk dapat followers seramai tu..tapi kita kena ingat followers yg ramai belum tentu menjamin semuanya datang ke blog kita..belum tentu tau..sbb ada juga blog yg followers nya sikit toet tapi uv nya tinggi sbb pembaca setianya ramai..dan termasuk juga silent readers..setakat ni saya alhamdulillah ada la juga pembaca setia yg tiap2 hari akan masuk sini serta komen
    Kena ada pembaca setia walaupun silent readers cuma.

    Ini pula pengalaman saya untuk stabilkan UV - DIARI HIDUPKU

    Wednesday, January 9, 2013

    Pesanan UIA

    Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥

    "Bila rindu pada suami, tak payahlah update status di Facebook, beritahu seluruh dunia sebab ada orang lain yang baca terasa nak muntah. Kalau cerdik, SMS la terus kepada suami."
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink