Followers

Monday, October 22, 2012

Pengesanan Kanser Payudara

Setiap klien yang mempunyai masalah payudara perlu dirujuk ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan yang lengkap.

Di antara ujian2 yang perlu dijalankan bagi mengesan kanser payudara diantaranya:-

1) Pemeriksaan Klinikal
Pemeriksaan klinikal perlu dilakukan bagi mengesan sebarang keabnormalan


 2) Mamogram
Klien akan dirujuk bagi mengesan tanda2 kanser payudara, disamping itu ia dapat mengesan tanda2 pada payudara yang tiada ketulan.

3) Pemeriksaan sel
Sel2 payudara diambil menggunakan beberapa kaedah dan dilihat di bawah mikroskop

Ia terbahagi kepada 3 iaitu

i)  FNAB (Fine Needle Apiration Biopsy)
Sel di sedut menggunakan picagari, needle (jarum) yang digunakan adalah kecil, kaedah ini cepat, tidak memerlukan pembiusan dan tidak mendatangkan kesakitan.

ii) Tru Cut Biopsy
Prosedur ini dijalankan sekiranya pemeriksaan FNAB tidak sahih, ia menghasilkan lebih banyak tisu berbanding dengan FNAB, jarum yang digunakan lebih besar berbanding dngan jarum FNAC.

Biasanya ia dijalankan di dewan bedah dimana klien akan di beri ubat penahan sakit.

iii) Excision Biopsy (Pembedahan mengeluarkan ketulan)
Bagi sesetengah kes, sel2 yang lebih banyak diperlukan untuk membuat diagnosis, pesakit perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Rujukan: BARAH PAYUDARA: Panduan Untuk Pesakit (MAKNA)

Nota: Kesemua pic merupakan ihsan en. google..

Sunday, October 21, 2012

Kaitan Soya & Kanser Payudara


Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia 2012

Final Piala Malaysia 2012 diantara ATM & Kelantan bertempat di Stadium Shah Alam menyaksikan Kelantan muncul sebagai Juara mendahului ATM 3-2, tahniah pasukan Kelantan...

Alhamdulillah berbaloi 3/4 penyokong Kelantan memenuhi stadium malam ini.  The Red Warriors sebuah 'team' yang hebat.

Nota: Esok mesti 'traffic jammed' yang teruk menghala ke Kelantan.
 

Friday, October 19, 2012

Kanser payudara dan keturunan

Bagi menjawab persoalan daripada Cik Anon di Entri INI

Didapati sesetengah kanser payudara ada kaitan dengan keturunan atau genetik, hasil kajian menunjukkan 5-10% kes2 positif kanser payudara adalah berkaitan dengan genetik.

Didalam setiap nukleus sel manusia terdapat 23 pasang kromosom. Kromosom ini diwarisi dari kedua ibubapa kita iaitu masing2 separuh dari ibu dan bapa.

Di dalam kromosom terdapat gen yang mempunyai maklumat untuk mengawal keseluruhan fungsi badan. Gem merupakan keratan DNA (Deoxyribonucleic Acid) yang mempunyai maklumat biologi seseorang.

Gen yang rosak melalui proses mutasi akan menyebabkan individu itu terdedah kepada pelbagai jenis penyakit termasuk kanser, dari kajian didapati banyak gen terlibat di dalam kanser payudara antaranya BRCA1 & 2, gen ini tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan sel2 kanser membiak tanpa kawalan dan menjadi ketulan kanser.

Wanita mempunyai sejarah kanser payudara dikalangan keluarga mungkin mempunyai kerosakan gen2 tersebut, buat masa ini pakar2 perubatan belum dapat membuat keputusan keperluan ujian gen2 di kalangan keluarga pesakit kanser payudara kerana ada banyak faktor lain yang berkaitan yang boleh menyebabkan kanser.

Sumber: MAKNA (Barah Payudara: Panduan untuk pesakit)

Thursday, October 18, 2012

Doakan dia...

Hari ini saya menerima komen 'cik anon' di entri INI , sama2lah kita doakan yang terbaik buat dia, amin..

Buat Cik Anon, selagi belum dapat keputusan, jangan gusar sebab ia tidak semestinya positif, kuatkan semangat, cekalkan hati dan berdoalah agar berlaku keajaiban.

Jika perlukan sokongan moral secara peribadi, boleh email saya di umialeeya@gmail.com, mungkin ia boleh mengurangkan sedikit bebanan di hati anda.

Tekanan Darah

Tekanan Darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota badan manusia.
Bacaan Normal:

Bacaan atas (sistolik) 100-120mmHg  (Tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung)
Bacaan bawah (distolik) 60 - 80mmHg (Tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.

Ia perlu diambil semasa rehat dan di dalam keadaan duduk dan baring, kedudukan set tekanan darah perlu stabil dan separas jantung.

Nota: Mereka yang di diagnosiskan mengidap tekanan darah tinggi (hipertension) mungkin perlu mengambil ubat seperti saranan doktor bagi menurunkan tekanan darah tersebut.

Wednesday, October 17, 2012

Peringkat Kanser Payudara


Seringkali kedengaran, kanser tahap 1, 2, 3 & 4 tapi kita tidak begitu memahami maksudnya. hari ini mai kita belajar sama2.

Kanser Peringkat 1
  Ia tertumpu di payudara dan tidak merebak ke kelenjar ketiak

Kanser Peringkat 2
 Sel2 kanser merebak ke kelenjar di bawah ketiak

Kanser Peringkat 3
Kanser telah merebak di kawasan setempat, ia merebak di bahagian kulit pesakit @ dada, kelenjar di bawah ketiak menjadi keras dan melekat pada tisu sekeliling.

Kanser Peringkat 4

 Kanser ini merebak kebahagian lain seperti tulang, paru2 dan otak, pesakit merasa sesak nafas, selalu pening dan sakit tulang jika organ2 ini terlibat.

Rujukan: MAKNA (Majlis Kanser Nasional)

Nota: kesemua pic di atas merupakan carian en. google, tk..

Monday, October 8, 2012

Permohonan BR1M 2.0

Sesiapa yang layak memohon BR1M boleh berbuat demikian melalui online di laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang mulai 1 November ini.

Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri dan pejabat daerah

Bayaran BR1M 2.0 ini dijangka akan diagihkan sewal tahun depan.

Sumber: Bharian

Bahaya Air & Susu Formula terhadap bayi di bawah 6 bulan

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink