Followers

Sunday, July 17, 2011

Derita Barah Payudara

Hiba dan sedih apabila membaca kisah benar mengenai seorang isteri, ibu dan pengidap barah payudara, moga ia menjadi pedoman buat kita semua.

Sumber: HMetro
KETIKA ramai wanita sibuk menjaga penampilan diri, berdiet menjaga susuk badan mahupun bergaya dengan fesyen terkini, mungkin ramai terlupa penjagaan kesihatan yang lebih penting daripada kecantikan luaran.
Begitu yang dialami pesakit kanser payu dara tahap tiga, Haidatul Azila Johar, 41. Yang menjadi keutamaan dalam hidupnya sekarang ialah sihat semula selepas disahkan menghidap kanser payudara tiga tahun lalu.
Berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan sama ada kemoterapi mahupun radioterapi, semuanya dilalui. Namun Haidatul tidak kisah menghadapinya kerana semua kesukaran itu perlu dilalui bagi memastikan dia sihat serta dapat bersama suami dan anak. 


Paling penting lima cahaya matanya berusia antara 15 tahun hingga dua tahun setengah itu masih memerlukan kasih sayang dan bimbingan insan bergelar ibu.


“Saya bersyukur, sepanjang rawatan di hospital, ahli keluarga, terutama suami dan ibu, banyak membantu dan memberi semangat untuk saya menghadapi detik sukar itu. Malah, kasih sayang dan keprihatinan suami menyebabkan saya terharu dan pernah mencadangkan dia berkahwin lain,” katanya berterus terang.
Bagaimanapun, cadangan itu ditolak suaminya kerana tidak pernah terfikir ke arah itu. 


Haidatul juga terhutang budi dengan pertolongan kawan dan jiran yang membantu menguruskan anaknya ke sekolah sewaktu suami menemaninya di hospital. Mereka menolong menyediakan makanan untuk anak Haidatul yang ketika itu masih terlalu mentah untuk berdikari. 


Haidatul berkata, dalam keadaan itu, perhatian ahli keluarga dan kawan bagai menyuntik semangat untuk dia tabah menghadapi kesakitan dan ujian Allah. 


Menceritakan bagaimana mengetahui dia menghidap penyakit pembunuh pertama wanita di negara ini, Haidatul berkata, semuanya bermula ketika dia disahkan hamil anak kelima pada 2008. Dalam ujian kehamilan itu, doktor mengesahkan dia menghidap kanser payu dara. 


“Pada mulanya saya ingatkan hanya ketulan kecil dan tiada apa yang membahayakan tetapi sebaik doktor wanita yang merawat itu memegang tangan, apa yang saya takutkan selama ini menjadi kenyataan. Air mata terus mengalir sebaik mendengar penjelasan doktor,” katanya. 

Haidatul berkata, antara alasan dia menangguhkan berjumpa doktor kerana malu mendapatkan rawatan kerana kebanyakan doktor adalah lelaki. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana selepas beberapa kali ujian kanser dilakukan, dia diperiksa doktor wanita iaitu Dr Hartinie Mohamad. 


“Ketika itu rasanya hidup tiada makna, terasa dunia begitu kecil dan bakal berakhir. Namun Dr Hartinie menceritakan, kelebihan perubatan moden memungkinkan penyakit itu dirawat jika menerima rawatan segera. 

“Dr Hartinie juga berpesan supaya tidak berubat kampung atau mencari perubatan alternatif lain seperti kebanyakan wanita senasib saya kerana akibatnya kesihatan bertambah teruk,” katanya. 

Guru Pendidikan Khas itu berkata, Dr Hartinie memberitahunya jika kandungan berusia bawah tiga bulan, dia dinasihatkan menggugurkannya bagi memberi laluan kepada rawatan kemoterapi untuk membunuh sel kanser. Mendengarnya, Haidatul berdoa semoga kandungannya dapat diselamatkan dan tidak perlu dibuang. Sebaik imbasan dilakukan, usia kandungannya didapati mencecah empat bulan. 
Dia lega kerana ini memberi petanda positif untuknya meneruskan kandungan. Berlinangan air mata Haidatul apabila doktor memberitahu, bayi dalam kandungannya ketika itu bagai melambai-lambai tangan kepadanya. 

Untuk membuat keputusan bukan mudah. Puas beberapa orang yang rapat dengannya memberi pendapat termasuk supaya berubat kampung, menggunakan perubatan alternatif, tidak kurang juga mencadangkan mengambil produk makanan kesihatan. Namun nasihat dan keizinan suami menguatkan semangat Haidatul untuk membuat pilihan sukar iaitu membuang sebelah payu daranya. 

Pelbagai perasaan menerjah fikiran Haidatul ketika mengambil keputusan menjalani pembedahan membuang sebelah payu dara atau mastektomi. Perasaan rendah diri, sedih, pilu, semuanya bersatu. 

Bagi meredakan tekanan, Haidatul memperbanyak berdoa dan melakukan solat sunat supaya Tuhan memberinya kekuatan untuk menghadapi dugaan itu. Selain itu, dia berkongsi masalah dengan rakan. 

Atas nasihat doktor yang mengatakan sel kanser mudah merebak ketika mengandung, Haidatul menjalani pembedahan mastektomi dua minggu kemudian. Dia pasrah kerana faham ada hikmah tersembunyi walaupun sayu apabila memikirkan kekurangan untuk menyusu bayi yang bakal lahir. 

Namun dia memanjatkan kesyukuran apabila pembedahan berjalan lancar dan tiada masalah besar. Ketika kandungan mencecah tujuh bulan, doktor memberitahu Haidatul perlu segera melahirkan bayi kerana hanya selepas itu kemoterapi terhadap kanser dapat dilakukan. 

Dia melahirkan anak ketika bayi itu baru mencecah 32 minggu dan seberat 1.5 kilogram. 

“Saya selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dan paling saya terharu, bayi itu sihat dan normal,” katanya yang bersyukur suami dan ibunya banyak membantu menjaga si kecil sepanjang dia dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Menurut Haidatul, bayinya terpaksa dimasukkan ke wad Newborn ICU (NICU) kerana lahir tidak cukup bulan. Perasaan sayu melihat bayinya terlantar dipenuhi wayar dalam inkubator sekali lagi mengundang air mata Haidatul. 

Tidak sanggup rasanya melihat bayi sekecil itu menghadapi suasana memilukan seperti itu. Namun, demi kebaikan si kecil, dia terpaksa merelakan. Selepas 26 hari dalam NICU, berat badan bayi bertambah mencatat angka normal dan si cilik dibenarkan keluar dari wad. 

Sebaik bayinya keluar hospital, Haidatul hanya sempat menyusukan bayinya seminggu sebelum membuat kemoterapi. 

Selepas tiga minggu melahirkan anak dan luka jahitan bersalin kering, dia dinasihatkan menjalani kemoterapi kali pertama. Sehingga kini, Haidatul membuat kemoterapi dan radioterapi selain mamogram seperti disaran doktor. 

Selain itu, dari semasa ke semasa, dia membuat ujian tulang setahun sekali. Menurutnya, ujian itu penting bagi memastikan virus kanser tidak merebak ke tulang. 

Justeru, dia kini menjalani kehidupan sihat dengan mengubah gaya pemakanan. Dia mengikut nasihat doktor supaya mengambil pemakanan seimbang dan rajin bersenam. 

Jika sebelum ini dia gemar menikmati makanan laut terutama tomyam, kini dia mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. 

Selain berpuasa, Haidatul semakin ringan kaki berjoging di taman rekreasi berhampiran rumahnya. Pesanan Haidatul kepada pembaca supaya mengutamakan kesihatan dan segera mendapatkan rawatan doktor jika anda mempunyai sakit kanser payu dara. 

KANSER payudara ialah kanser tisu payudara atau buah dada. Ia kanser kedua mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 94 peratus kes dirawat di hospital kerajaan adalah di tahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinan membawa maut. 

Gejala yang mungkin menjadi petanda kanser payudara: 
* Bengkak atau ketulan pada payudara. 
* Perubahan pada kulit payudara, kulit kelihatan berbintik dada atau kemerahan dan keras. 
* Keluar darah atau cairan berdarah dari puting susu. 
* Puting susu tenggelam ke dalam payudara. 
* Saluran darah menonjol di permukaan kulit payudara. 
* Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara. 
* Terasa biji atau ketulan di bahagian ketiak. 
* Hilang selera makan dan turun berat badan. 
* Tanda kanser merebak ke organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang atau sakit kepala. 

Golongan berisiko tinggi mendapat kanser payudara? 
1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit kanser payudara. 
2. Sejarah keluarga - Risiko kanser payudara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika ada saudara terdekat seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara menghidap penyakit itu. 

3. Sejarah kanser - apabila seorang wanita menghidap kanser payudara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian menyatakan, ketulan atau penyakit payudara yang bukan jenis kanser juga boleh meninggikan risiko untuk kanser payudara. 

Kajian juga menunjukkan, risiko untuk kanser payu dara juga meninggi jika ada sejarah kanser ovari, melanomas (kanser kulit), usus dan rahim. 

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa lama dalam era reproduktif mempunyai risiko lebih tinggi untuk kanser payudara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid pertama pada umur awal (sembilan tahun) dan mencapai putus haid pada umur lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko kanser ini, terutama jika kelahiran anak pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun. 

5. Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko kanser ini. Oleh itu wanita digalakkan mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan. 

6. Pengambilan hormon - kajian menunjukkan wanita putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT - ormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko kanser payu dara lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya selepas lima tahun penggunaan hormon secara berterusan. 

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan berlebihan juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk kanser ini.
Nota: Beberapa hari lepas menerima panggilan dari 'Pegawai' ATM bertanyakan mengenai subsidi mamogram untuk disebarkan kepada anggota dan keluarga memandangkan beliau baru kehilangan adiknya ketika usia masih muda - 37 tahun akibat penyakit ini, bersyukur kerana ia membuka minda kaum lelaki mengenai penyakit merbahaya ini.

25 komen yang kalian berikan, tqsm..:

qhaizaa said...

arwah nenek saya juga meninggal akibat penyakit ni..alfatitah...

qhaizaa said...

arwah nenek saya juga meninggal akibat penyakit ni..alfatitah...

Umialya said...

qhaizaa
al-fatihah buat arwah

Ulutura said...

Salam bloggerwan..minta izin kongsi info ni..

kwn sy pn pernah hidap kanser tahap 4..tahap yg boleh membawa maut..puncanya dari Resdung..

kini alhamdulillah selepas amik supplement TF 4Life..dia sihat..supplement ni trbukti hapuskn 97% sel kanser..

brbanding kimoterapi yg hanya membunuh 88% sel kanser..tapi jg mmbunuh sel2 lain yg mmbuat bdn kita lemah dan rambut gugur..

Maaf kpd pembaca..sy sekadar ingin kongsikan info ni..harap terima dan memahami.

Terima Kasih

comelani12@yahoo.com said...

salam kpd pembaca....sy ingin brkongsi cite sy seorg pesakit BARAH PAYU DARA ketika tu umur sy 27thn pada thn 2003,doktor nasihat kan sy supaya membuat pembedahan sy terima walaupun hati sy sangat berat utk hadapi dgn setiap ujian yg d beri olehnya sy membuat pembedahan yg pertama & sy menjalani setiap rawatan yg d berikan d hospital.pada thn 2010 sy telah d uji lagi oleh allah ,penyakit barah telah merebak ke sebelah payu dara saya & pada masa itu sy berserah kpd allah s.w & sy membuat pembedahan kali ke2 & membuat rawatan kimotrapi & radiotrapi,sy bersyukur kepada allah hingga kehari ini saya bernafas.terima kasih kpd suami,anak2,ahli kluarga & kawan2 yg bnyak memberi dorongan & semangat selama ini.....
kpd pesakit BARAH PAYU DARA kuatkan lah semangat utk org2 trsayang......
terima kasih..

Umialya said...

comelani..
terima kasih diatas pandangan puan, moga ia dijadikan sumber kekuatan teman2 diluar sana

Anonymous said...

arwah ibu sy pun mengalami sakit ni jgk....adakah sy sendiri sbg anaknya b'potensi mendapat sakit spt ibu sy...???

Umialya said...

cik anon..
apabila ada dikalangan keluarga terdekat mengidap kanser, kemungkinan kitapun berisiko juga.

sebaiknya buat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan untuk mengesan sebarang perubahan.

Anonymous said...

5/11/2012 adalah penentu samada keputusan saya mengidap kanser payudara positif atau tidak..kawan2 tolong doakan saya ye..saya sgt2 takut sekarang ni..

Umialya said...

Cik Anon..
Amin..

http://mimialya.blogspot.com/2012/10/doakan-dia.html

insan_marhaen said...

kakak ipar jg baru lepas dikimo dn di operate...InsyaAllah mudah2na kesihatannya bertambah baik...

Umialya said...

C'Jai
Mudah2an, amin..

Unknown said...

Bagaimana dgn cara pemakanan bg mereka yg baru lps pembedahan? Sedang mencari maklumat mengenainya.

Umialya said...

Intan Afira
Bagi menjawab persoalan anda, sila rujuk sini

http://mimialya.blogspot.com/2012/11/pemakanan-selepas-pembedahan.html

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat berkenaan Adakah boleh bagi mereka yang baru lepas pembedahan mengambil ubat ubatan tradisional?

Umialya said...

Intan Afira..

Sebaiknya berbincang dengan Doktor yang merawat..

Sesetengahnya tiada masalah mengambil ubat2an tradisional disamping rawatan moden, separuh kes pula, ia tidak digalakkan..

Unknown said...

Terima kasih berkongsi maklumat.

Unknown said...

My friend introduced me to this webblog, it is from Malaysia and give a lot of information and also provide an alternative treatment of cancer based on natural medicines. Share the Webblog - http://oliveherbs.blogspot.com/ or http://bit.ly/1ctGSDl

Unknown said...

Sy pesakit barah payudara tahap 2....sy dah abes rawatan kemotrapy dan radioterapy 2minggu lps....skang sy didapati hamil 1bln..adekah sy bole teruskan utk hamil?

Unknown said...

Sy pesakit barah payudara tahap 2...sy dah abes rawatan kemo n radioterapy 2 mggu lalu..skang sy hamil 1bln...bole ke sy teruskan utk hamil? Sy mmg harap sy bole teruskan..

Umialya said...

Aznur Hidayah
Semasa mendapat rawatan Kemoterapi dan menjalani Radioterapi, seorang ibu tidak dibenarkan hamil sebab punyai kesan sampingan terhadap janin yang dikandung.

Sebaiknya Aznur Hidayah berbincang dengan Doktor yang merawat sebab beliau lebih arif keadaan semasa Aznur.

Tabahkan hati ya dik, jangan lupa sentiasa mendapat rawatan susulan dari masa ke semasa.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya disini menyediakan khairat kematian secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan yang sangat kronik. (*disahkan oleh doktor tidak ada harapan untuk hidup). Cth: Kanser tahap 4, dll

Ajal maut ditangan tuhan. Saya cuma ingin meringankan beban keluarga sekiranya berlaku kematian.

Syarat:

1) Disahkan oleh doktor tiada harapan
2) Berumur 1-60 tahun
3) Warganegara Malaysia

Caruman Khairat adalah PERCUMA! tanpa syarat
Sekiranya berlaku kematian, keluarga akan dibayar sebanyak RM1K – 5K

Email: dhiaizzul.ent@gmail.com

Unknown said...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Unknown said...

JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 4687470 EN ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

Unknown said...

#KAMICARE❤
#KAMISAYANG❤

➡Yayasan Kebajikan Al Mehdi (Pusat Rawatan Al Yamani)⬅

➡ MEMPERLAWA ahli keluarga atau pesakit-pesakit kronik fizikal dan spiritual khasnya yang mengidap sakit kanser untuk mendaftarkan diri dengan Yayasan Kebajikan Al Mehdi untuk membolehkan Yayasan ini memberi sumbangan dari segi keperluan perubatan, kewangan dan keperluan yang lain.

⏫Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi kami di:⏬

⏯Yayasan Kebajikan Al Mehdi
No.92A, Jalan Raja Musa Mahadi,
31350 Ipoh, Perak

☎HOTLINE : +6011-1655 4828

⏯www.wasap.my/+601116554828

** Untuk temujanji, hubungi kami terlebih dahulu
**Dapatkan borang pendaftaran dari kami

#kamiperihatin
#kamikisah
#kamisayang
#allahswtpenyembuhmutlak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink