Selepas pembedahan, kebanyakan pesakit kanser memerlukan rawatan kemoterapi, ianya bertujuan untuk memusnahkan sel-sel kanser yang telah merebak ke organ lain.
Kesan Sampingan:
- Loya dan muntah
- Keguguran rambut
- Kesan ke atas tulang sum-sum
- Letih dan bermaya
- Tiada selera makan
- Kulit dan kuku menjadi hitam (sesetengah kes)
- Pusingan haid tidak teratur
Perkara yang perlu diawasi semasa rawatan kemoterapi:-
- Penggunaan perubatan tradisional (Bahan herba) - Ia boleh menyebabkan ubat kemoterapi kurang berkesan, dengan kata lain, ubat kemoterapi tidak dapat memusnahkan sel-sel kanser.
- Hamil - semasa menerima rawatan kemoterapi, pesakit tidak dibenarkan hamil sebab ia boleh memberi kesan negatif seperti keguguran @ kecacatan pada janin yang dikandung. (selepas kemoterapi, ibu perlu merancang kehamilan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun..)