ihsan en. google 
Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul,  Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah  sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg  disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu  hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua  itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas,  tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran  kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr.  Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga.  Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku,  lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia  dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut  mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa  bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg  terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut  Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun.  Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak  memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika  petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan  maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika  kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan  tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan  dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh  membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa  tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah.  Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.
Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara  menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki  digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika  dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan  ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan  masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah  menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan  dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg  diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg  baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan  sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya  lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi  menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.
“Cukup sekadar  baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.  Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa  harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan,  makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana  dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah