Followers

Saturday, April 18, 2020

Stay at Home Challenge

Bagi memenuhi masa sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekeping sijil,  Alya menyahut cabaran untuk siapkan 14 aktiviti yang ditetapkan.

Jika aktiviti hanya memerlukan penglibatan dia seorang tiada masalah tetapi ada juga aktiviti memerlukan 2 @ 3 orang, stress jadinya bagi mendapatkan watak sampingan, maklumlah abang kakak sudah besar agak sukar beri kerjasama. 

Turquoise day








Sebahagian dari tugasan yang perlu disiapkan. 

Tuesday, November 28, 2017

Sepagi di Expo Negaraku 2017

Alkisahnya sabtu lepas,  sehabis tugasan di tapak program,  kami terus ke KLIA2 ambil bujang junior, memandangkan hari dah lewat petang,  kami terus "check in" di Ibukota di dalam misi mencari Roti Nan Cheese kari kambing kegemaran Alya dan keperluan sekolah anak2. 

Keesokannya kami ke Expo Negaraku yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka dari 15/11/2017 hingga 15/12/2017,  masuk adalah percuma. 

Sebelum itu makan2 dulu di tapak expo, alhamdulillah makanan di sana tidak mengecewakan, sedap..

Si manjaku 

Tak cukup seorang lagi anak,  si abang berkobar2 teringin nak join sekaki,  nasiblah anak,  kamu jauh di utara.

Salah satu kubah (ada 5 kubah keseluruhannya) 

Berbaris panjang (melilau gak mata tercari kot2 terserempak rakan blogger terutamanya MD)  hampa, dalam group Aweks Bloggerpun dia menyepikan diri pada hari itu,  semalam baru keluar dari gua,  mentang2 le kami anak beranak sudah balik ke destinasi..  (jangan tak tahu,  petang semalampun kami ke sana lagi tapi kali ini senyapkan diri dengan harapan akan terserempak 😄)

Kononnya kami menaiki keretapi menjelajah seluruh tanahair,  yang ni kubah no. 2


Biarlah gambar berbicara

Antara aktiviti2..

Kenangan Alya

Aktiviti mewarna

Hasilnya..  






"Penari latar"pun tak nampak,  ramai sangat 



Masa ini baru lepas hujan,  sejuk weyhhhh,  nasib baik turun sekejap jer.. 

Laksa dan Mee Kari

Selepas solat zohor,  misi mencari pakaian di SOGO dengan harapan masih sama  seperti di atas, mungkin bakal terserempak dengan mummy nan jelita. 😀😀😀

Nota: Kali ini tersilap laman 'upkan entri', arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh tensionnya..

Saturday, November 18, 2017

Kenangan suatu ketika dulu..

Terjumpa gambar lama

Tiba2 rindu detik2 penyusuan Alya.

Ketika inilah saya kenal ramai rakan blogger,  kebanyakannya ibu2 yang memperjuangkan penyusuan ibu buat si manja. 

Thursday, July 27, 2017

Renungan bersama


Sunday, January 31, 2016

Kem sempena Cuti Tahun Baru Cina 2016

Tarikh: 7-9/02/2016
Bertempat: Pusat Tahfiz Al- Huda, Kubang Kerian
Maklumat lanjut, hubungi:  Ustaz Ridzwan 012-9817487
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink