Kembung perut di kalangan bayi terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi dan ini mengakibatkan bayi tidak selesa, sakit perut, perutnya keras dan menegang serta menangis. Angin boleh masuk semasa:-
- menyusu,
- menangis
- bernafas
Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Ini adalah disebabkan, bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yg keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara ditelan. Walau bagaimana pun, dia juga perlu disendawakan
Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju.
Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi dan semasa menyusukan bayi, susu mesti menutupi permukaan lubang puting untuk mengelakkan banyak udara bercampur
Cara Atasi Kembung Perut:-
- Sendawa bayi setiap kali selepas menyusu
- Tuam perut bayi
- Ubat-ubatan tetapi mesti dibawah pengawasan doktor
0 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Post a Comment