Followers

Thursday, February 20, 2014

Tips kebahagiaan keluarga

6 langkah mudah iaitu:-

i) Kekalkan perkahwinan
ii) Beri perhatian kepada pasangan
iii) Berkongsi pengalaman yang bahagia
iv) Pelajari daripada pengalaman lampau
v) Bersopan & berbudi bahasa
vi) Saling menghormati privasi masing2

Nota: Sila buat huraian sendiri, sekian.

Thursday, February 6, 2014

Kanser Payudara tanpa mengenal usia

Nampak gayanya semua golongan adalah berisiko tinggi tanpa mengenal usia, jantina dsb, itulah pentingnya Pemeriksaan Sendiri Payudara secara rutin (untuk semua) & Menjalani Ujian Mamogram secara berkala (wanita berusia 40 tahun dan ke atas).

Ingatan untuk diri sendiri & semua.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara.
Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia.
Katanya, setakat ini pesakit kanser payudara termuda adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dari Amerika Syarikat.
“Pada Oktober tahun lalu, saya anggap ini adalah penemuan dalam sejarah perubatan apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengalami masalah payu daranya mempunyai biji sebesar dua sentimeter (cm).
“Setelah menjalankan pembedahan dan biji tersebut dihantar untuk kajian, hasilnya mengesahkan dia mengalami kanser payu dara dan sehingga kini masih menerima rawatan di hospital ini secara temu janji,” katanya semasa ditemui di HRPZ II, di sini, hari ini.
Dr Imi Sairi berkata, kanak-kanak tersebut kini berusia tujuh tahun dan kemungkinan kanser itu berlaku disebabkan faktor genetik, namun ibu bapa kanak-kanak tersebut tiada hubung kait mengenai penyakit berkenaan.
Bagaimanapun, kanser yang dialami kanak-kanak berkenaan berada pada peringkat awal mungkin tahap pertama atau kedua.
“Kanser payudara adalah pembunuh nombor satu bagi wanita di Malaysia, namun di Kelantan, berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, kanser payudara menjadi penyebab kedua kematian selepas kanser usus.
“Masalah kanser payudara dikawal melalui saringan awal bagi wanita yang cukup usia 40 tahun untuk menjalankan mamogram,” katanya.
Kata beliau, berdasarkan rekod HRPZ II, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan mengalami kanser dan paling ramai adalah payudara 593 pesakit, diikuti kanser usus 262 dan ovari 183 pesakit, termasuk kanser tiroid, serviks dan leukemia.
Beliau mengakui hampir 50 peratus pesakit kanser di negeri ini datang mendapatkan rawatan di hospital setelah penyakit tersebut kronik di peringkat tahap ketiga dan keempat.
Katanya, kanser payudara juga turut dihidapi pesakit lelaki, namun kaum tersebut lebih menderita akibat penyakit kanser usus dan prostat.
Untuk rekod, Hannah Powell-Auslam, 10, dari Southern California, Amerika Syarikat mengejutkan dunia apabila menjadi gadis paling muda di dunia yang diserang kanser payudara.
Keputusan doktor itu diterima April 2009 dan ia telah menjalani pembedahan kanser yang jarang berlaku yang disebut invasive secretory carcinoma. Menurut catatan perubatan kanser ini diketahui pertama kali menyerang kanak-kanak pada 1960, tetapi hingga sekarang tiada maklumat terperinci mengenai kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, September 24, 2013

Amalan Douching


Tuesday, September 10, 2013

suntikan vaksinasi

Tertarik dengan penulisan Dr. Suhazeli Abdullah berkaitan dengan kewajiban untuk memberi suntikan vaksin kepada anak-anak.

Saya sendiri pernah berdepan dengan pesakit muda yang mengidap batuk kokol, kesian melihat keadaan anak tersebut dan difahamkan sepanjang usianya ketika itu, dia tidak pernah diberi suntikan vaksin kecuali sejurus selepas dilahirkan iaitu Hep. B & BCG, wallahualam..

Apa2pun tepuk dada tanya selera, keputusan di tangan kita sebagai ibubapa, masing2 berhak pada pandangan sendiri.

Wednesday, August 28, 2013

Kematian Bersalin

Sumber


Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama

SEORANG wanita bersalin anak kelima dan cukup bulan tanpa sebarang komplikasi. Namun, ketika pemantauan rutin kira-kira empat jam kemudian, jururawat menemuinya dalam keadaan tidak bermaya, pucat dan sesak nafas. 

Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan nifas yang berlebihan atau manifestasi penyakit jantung dan paru-paru yang jelas. Kajian ultrasound jantung atau ‘echocardiography’ mendapati bahagian kanan jantung membengkak dan tidak berdenyut dengan baik - petanda saluran darah ke paru-paru sudah tertutup berikutan peralihan gumpalan darah beku dari kaki ke paru-paru.

Inilah kesan masalah embolisme paru-paru akut yang menjadi cabaran getir bagi setiap pengamal perubatan yang mengendalikan wanita mengandung dan baru bersalin. Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 15 peratus kes kematian ibu mengandung atau yang baru bersalin, disebabkan masalah itu. 


Ia disebabkan dua punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau ‘deep vein thrombosis’ yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah empat kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah lima kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak. 


Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau ‘amniotic fluid embolisme.’ Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti. 


Dua punca itu mempamerkan manifestasi klinikal yang sama iaitu, wanita berkenaan mengalami sesak nafas, tekanan darah merudum, kadar nadi meningkat drastik, pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri. 

Justeru, mereka yang mengiringi wanita itu seperti suami, perlu prihatin dan mengamati keadaan isteri ketika bersalin dan selepas bersalin. Jika ia berlaku, wajarlah jururawat atau doktor dimaklumkan secepat mungkin bagi rawatan segera. Andai berlaku di rumah, pastikan bantuan pernafasan dan tekanan dada cardio-pulmonary resuscitation atau CPR didahulukan sementara menunggu bantuan ambulans. 

Apakah faktor risiko masalah ini? Bagi wanita tidak mengandung, pengambilan pil perancang keluarga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, merokok, berat badan berlebihan, penyakit kronik lain seperti kanser atau keadaan yang mana kurangnya pergerakan fizikal berpanjangan seperti patah tulang kaki atau pinggul, duduk terlalu lama dalam kapal terbang - semuanya boleh menambah risiko gumpalan darah di kaki. 


Bagi ibu mengandung, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko. 

Kaedah rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Jika disebabkan gumpalan darah beku, maka pesakit perlulah dirawat dengan cara ‘fibrinolysis’ iaitu menghancurkan gumpalan darah berkenaan. Tahap kejayaan menggunakan kaedah rawatan ini adalah amat tinggi tetapi perlu disusuli ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan ia berulang. 

Ubat seperti Heparin dan Warfarin perlulah diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bersalin dan tanpa henti. Jika disebabkan air ketuban, maka pesakit perlu diberi bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum. Seperti yang disebut, kadar kematian disebabkan oleh punca ini adalah 80 peratus dan usaha menemui cara rawatan terbaik masih lagi diteruskan. 


Info 

Embolisme paru-paru akut 


  • Punca utama kematian ibu mengandung dan yang baru bersalin. 

  • Tanda-tanda perlu diamati termasuk sesak nafas, tekanan darah merudum, peningkatan kadar nadi dan pesakit kelihatan pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri. 

  • Faktor risiko - umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko. 

    Rencana oleh Profesor Madya Dr Azarisman Shah Mohd Shah,
    Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Pengarah Pusat Konsultasi Klinikal, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, Pahang

    Nota: Mood sedih, anak saudara sedang menerima rawatan di ICU akibat masalah ini, moga beliau terus kuat melawan kesakitan & tiada kejadian buruk yang menimpa dirinya serta bayi di dalam kandungan, aamiin..
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink