Cara berfungsi?
Ia menghalang kehamilan dari tindakbalas tembaga ke atas sel sperma dan dinding selaput dalam rahim mengakibatkan aktiviti sperma terganggu dan selaput rahim tidak sesuai untuk benih
Cara penggunaan
Dimasukkan ke dalam rahim ketika haid. Wanita perlu merasakan adanya benang ADR
Bilakah masa yang sesuai untuk pemasangan ADR?
- Ibu yang ada haid - Dipasangkan dalam bila-bila masa dalam tempoh 12 hari pertama haid, mengikut keselesaan ibu dan tidak semestinya semasa haid. Tidak perlu perlindungan kontraseptif tambahan
- Ibu tiada haid yang bukan selepas bersalin - ADR boleh dipasang bila-bila masa dengan syarat ibu tidak hamil.Perlindungan kontraseptif tidak diperlukan.
- Ibu selepas bersalin (postpartum)yang menyusukan anak atau tidak (termasuk selepas kelahiran LSCS) - ADR boleh dipasang sekiranya tempoh selepas bersalin kurang 48 jam.
- Jika tempoh selepas bersalin melebihi 4 minggu dan amenorhoea ADR boleh dipasang dengan syarat ibu tidak hamil. Perlindungan kontraseptif tidak diperlukan
- Jika tempoh selepas bersalin melebihi 4 minggu dan haid telah kembali, ADR boleh dipasang dalam tempoh 12 hari pertama haid
- ADR tidak boleh dipasang jika ibu ada masalah ‘puerperal sepsis’ (komplikasi selepas bersalin).
- Jika tempoh selepas bersalin 48 jam hingga kurang 4 minggu, ADR tidak digalakkan kecuali tiada kaedah lain yang bersesuaian
- Secara amnya tidak disyorkan kecuali bagi individu berisiko tinggi mendapat jangkitan seksual, antibiotik akan dipertimbangkan
- Spotting adalah keadaan biasa terutama semasa dalam 3 - 6 bulan yang pertama selepas penggunaan ADR
- Jika ibu memerlukan rawatan, Non-steroidal anti-inflamatory boleh diberikan untuk hentikan perdarahan. Contohnya: Cap. Ponstan 2tab tds x 5/365
- Jika spotting berterusan, rujuk doktor untuk mengesan dan merawat masalah sakit puan sewajarnya
- Jika tiada masalah sakit puan dan ibu tidak boleh menerima keadan tersebut, ADR akan dikeluarkan dan ibu akan dicadangkan kaedah kontraseptif yang lainnya
- Jika perdarahan yang banyak dan berpanjangan
~ Rawatan akan diberikan dalam tempoh perdarahan
~ Jika Perdarahan masih banyak dan berpanjangan, ibu akan dirujuk kepada doktor untuk mengesan dan merawat masalah sakit puan
~ Jika perdarahan berterusan dan tanda-tanda anaemia di kesan dan ibu tidak boleh menerima keadan ini, ADR akan dikeluarkan dan ibu akan dibantu memilih kaedah kontraseptif lain.
~ Tablet Zat Besi akan diberikan kepada ibu bagi mengelakkan anaemia dan ibu digalakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi seperti hati, sayau bayam dan kekacang
- Amenorhoea (Tiada haid)
~ Jika ibu tidak dapat menerima keadaan ini, ADR akan dikeluarkan dan kaedah lain dicadangkan
0 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Post a Comment