Followers

Sunday, February 28, 2010

Misiku tercapai sudah...

Hari ini usia Alya telah melebihi 6 bulan.. aku telah berjaya memberikan susu ibu sepenuhnya dan sepatutnya,  Alya sudah boleh diberikan makanan tambahan.. tapi hingga kini aku belum berkesempatan untuk menyediakannya. 

Entahlah, tahap kerajinanku agak rendah berbanding sebelum ini, mungkin disebabkan diriku yang agak lesu dan keletihan, yalah,  tak cukup rehat.. Cuba bayangkan, dalam beberapa hari ini, waktu tidur dan mainnya telah berubah dan aku terpaksa berjaga malam untuk menemani dia bermain.. Hampir jam 1 pagi barulah aku dapat lelapkan mata manakala jam 4.30pagi, aku terpaksa bangun untuk menyiapkan segalanya. Waktu tidurku cuma 3 1/2jam setiap hari dan diantara waktu itu, aku cuma tidur ayam sahaja untuk menyusu Alya bila2 masa. erm.. anak ummi!

Bukannya disebabkan dia meragam atau menangis jika dibiarkan bermain sendirian tetapi aku tidak sampai hati membiarkan dia tanpa ditemani. Tambahan sejak dia sudah mahir mengemas, menjelajah merata sudut rumah.. tak sanggup aku.. Terlalai sikitpun dia sudah berada dihujung kaki, mencapai apa sahaja yang berkenan di matanya... semua keperluan yang agak boleh membahayakan dirinya terpaksa disimpan ditempat lain. Memadai diberikan sebuah majalah, cukup memberi Alya keasyikkan masa bermain.. teddy bear?? setakat ini, dia tidak menunjukkan minat...

Insya Allah, ummi akan memasak bubur nasi khas buat anak kesayangan ummi.. Tungguu ye sayaaang!.

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Azrina said...

Tahniah akak alya dah lepas 6 bulan pertama. Teruskan lagi usaha.

p/s: akak mintak no HP bleh?

umialya said...

tk bnyk2 atas sokongan along

MamaCira said...

wow.. tahniah yer..
teruskan perjuangan.. hehehe...

selagi anak x tido..
kita mana bleh tido..
anak tido pun kita x tido sgt pun..

alya dah pandai wat apa skrg?

umialya said...

tk MamaCira

Alya sedang dlm proses merangkak dan duduk. Kejap2 boleh daa..aktif sngt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink