Rehat jam 1ptg tadi, aku telah melakukan kesilapan besar di mana Alya hampir terperangkap didalam bilik seorang diri.. ia memberi pengajaran mendalam padaku sampai bila-bila.
Bagi ku masa itu emas, setiap saat amat berharga. Setiap hari aku pastikan dapat balik seketika untuk menyusukan Alya, yalah, bertugas di daerah yang kecil, tiada langsung masalah kesesakan lalulintas . Lebih kurang 5 minit dah boleh sampai ke rumah... justeru itu, masa rehat 1 jam, aku gunakan sebaik mungkin.
Setiap hari, sampai je ke rumah, aku akan mandikan Alya dan menyusukannya. Lepas itu barulah aku membuat persiapan diri dan mengepam susu untuk kegunaannya pada sebelah petang. Itu le rutin harian aku.
Dijadikan cerita, masa rehat tadi selepas menyusukan Alya, aku telah tinggalkannya seorang diri di dalam bilik dan keluar dengan menutup pintu bilik (sebab buka aircond).
Semasa hubby ingin masuk bilik untuk solat zuhur, tiba-tiba pintu tidak boleh dibuka dan kedengaran suara Alya membebel serta bunyi seperti pintu di ketuk, dia terus menjerit padaku dan bertanya di mana Alya.. Aku terus menjawab, Alya diletakkan atas tilam kecil di dalam bilik... rupa-rupanya Alya telah turun daripada tilam tersebut dan bermain dibelakang pintu - seronok je dia bila pintu itu mengeluarkan bunyi apabila di tepuk dengan tangan. (di mana hujung tilam dan pintu jaraknya cuma 2 kaki sahaja - Alya berada di atas lantai diantara tilam dan pintu tersebut, faham kot!!) Ya Allah, anakku!!
Kami mencuba sedayanya untuk membuka pintu tetapi terbuka sedikit sahaja.. aku tenangkan fikiran dan cuba capai Alya menggunakan tangan (Alhamdulillah, dapat) serta menolaknya ke depan. Sib baik le badan aku kurus kering, akhirnya dapat masuk jugak ke bilik itu setelah mencuba beberapa kali. Kalau hubby, gerenti tak boleh.. Alya gelak je tengok aku memeluk dan menciumnya berulang kali.. agaknya dia ingatkan ummi sedang mengagahnya seperti selalu.. alahai anakku.. lain kali ummi akan lebih berhati-hati ya sayaaaang!!!
2 komen yang kalian berikan, tqsm..:
mmg menakutkan bila perkara² tu terjadi
nasib baik tangan alya x tersepit masa buka pintu tu..
syukurlah alya xde apa..
p/s : tq follow.. nanti aku follow balik yer...
yalah.. fobia bila teringat kejadian ari tu.. pelbagai kemungkinan boleh terjadi.. silap ari bulan keseluruhan badannya pun boleh tersepit dicelah2 tilam dan pintu! mmg menakutkan..
Sib baik kepalanya dekat muka pintu, boleh capai biarpun cuma sikit je.. kalu kat ujung sana, x tau nak wat camne.. agaknya terpaksa pecahkan cermin tingkap (jenis sliding)..
tk jugak sudi follow blog yg serba kekurangan ini.. salam perkenalan
Post a Comment