Ramai mommies menganggap lagi mahal pam, lagi elok penggunaannya.. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah guna pam jenama Anakku, Pureen dan
Spectra 3.. Kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Mengenai Free Style, aku tak boleh nak komen lebih-lebih sebab tak pernah menggunakannya, akan tetapi aku pernah berangan untuk memilikinya. Itu dulu, bukan kini ye.. buat apa membazir.. umurpun dah makin menginjak ke atas.. 2 pasang cahaya mata penyeri hidupku ditambah dengan 1 orang lagi anak angkatku yang dah besar panjang.. cukup le tu...
Sebelum mengenali laman si.com, tak terfikir rupanya BP ada banyak jenis.. setakat ini, yang aku tahu cuma jenis manual dan pakai bateri je tapi tak pernah kesampaian diminda, free stylepun ada. Maklum le.. aku ni asal dari kampung.. dan suasana dipersekitaran sebelum ini, kalu ibu2 yang bekerja, masa dalam pantang lagi bayi perlu diperkenalkan dengan susu formula. Alasannya cuma satu.. kena ajar sebab bila ibu kerja, senang nak tinggal bayi..
Berbalik kepada topik asal, BP pertamaku ialah Jenama Anakku, aku cuma sempat guna 2 minggu sahaja.. Mulanya aku tidak begitu mahir tapi lama kelamaannya, ia serasi denganku. Hasil pengepaman susu ibu adalah ditahap optimum.. sekali pam memang meriah dengan pengeluarannya tidak pernah kurang daripada 15 oz., mungkin juga disebabkan masa itu, Alya masih lagi kecil. Sayang sekali, cuma seketika sahaja aku menggunakannya memandangkan spare partnya rentung semasa aku mensterilkannya, kes tertido semasa menyusukan Alya.. huhuhu.. dan aku dimaklumkan spare partnya tidak dijual berasingan, justeru itu. terpaksalah aku membeli BP yang lain.
Memandangkan aku emergency untuk menggunakan BP, aku cuma membeli jenama Pureen buat sementara waktu (Sambil tu order S3) Alhamdulillah, ia amat serasi denganku.. tetapi sayang seribu kali sayang, BP Pureenpun berkecai akibat terjatuh semasa anakku bermain sesama mereka dan terlanggar BP.. nak menangis rasanya..
Lebih kurang seminggu selepas tu.. aku telah menerima s3.. waaaah.. lagi bersemangat mengepam.. sebab ia memang soft dan senyap je.. dan hasilnya berbaloi-baloi.. Memandangkan s3 berat sikit dan ia cuma menggunakan soket elektrik, aku telah mengubah waktu mengepam dan tidak lagi membawa s3 ke pejabat.. memadailah mengepam dirumah iaitu lebih kurang 4 kali sehari iaitu pagi, tengahari, petang dan malam.. sekali mengepam hasilnya tetap maintain sekurang-kurangnya 10oz, kadang-kadang sehingga 15oz.. bergantung kepada mood.. ada sehari dua, berlakunya sedikit penurunan tetapi ia sekejap aje.. sebab minda aku selalu berkata, Alya pasti dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.
Perbezaan ketiga2 BP tersebut ialah Anakku dan Pureen adalah kecil, senang dibawa dan menggunakan elektrik @ bateri AA manakala s3 cuma menggunakan kuasa elektrik sahaja dan ia agak berat sedikit, besar tetapi senyap dan sedutannya soft - ibarat anak sedang menyusu serta yang pentingnya 'DOUBLE PUMPING' - sesuai untuk mereka yang mengejar masa..
Apa-apapun, tepuk dada tanya selera.. kita tidak perlu membeli jenama yang mahal-mahal mengikut trend semasa tapi perlulah mengikut kemampuan dan keperluan diri kita.. Apa yang penting fikiran perlu positif DAN sokongan insan tersayang yang berada disekeliling kita adalah kunci kejayaan yang utama.
Hasil pam t/hari ini, cukup le ntk Alya ptg nnt
3 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Betul tu,x semua BP ni mahal...ada yang murah dan effektif,terpulang pada penggunaan..apapun,good n3 to share..
Nak kena follow blog awak...saya dah link kat blog saya...
Maslina, Salam kenal..
Ini adalah pdngan akk.. mgkn bg org lain, lain lak pndgan mrk..
azie beli manual pureen, tak smpai dah rosak..hehe..tapi s3 memang best !! cuma tak sanggup bawak gi sekola, berat ler..hehe
Post a Comment