Followers

Thursday, March 25, 2010

Penyakit Jantung Kongenital

(Gambar Hiasan)

Tanggal 8 Ogos 1998,  anak ke 2 kami  Muhammad Syahmi  telah pergi buat selamanya diketika usia baru mencecah
 40 hari di Unit Rawatan Rapi, Institut Jantung Negara (IJN). 
Doktor telah mendiagnos :-
Transposition of Great Arteries.

Sebagai panduan kita semua:-
  1. Kecacatan jantung sejak lahir terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran
  2. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh anak berbeza antara satu sama lain mengikut darjah kecacatan masing-masing.
Terdapat 3 jenis iaitu:-

1. Pink (acyanotic) heart defects with shunt
  • Ventricular septal defect (VSD). : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan aliran darah balik. Lubang yang kecil biasanya akan menutup sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut .
  • Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
  •  Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
  •  Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.
2. Blue (cyanotic) heart defects
  • Transposition of great arteries (TGA): Pembuluh darah yang dari ventrikel bersambung sehingga berlakunya penigkatan aliran darah dan menyebabkan kegagalan jantung. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur tertentu sejurus selepas lahir.
  • Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonary sehingga mengurangkan kadar aliran darah. Pembedahan paliatif (meringankan) biasanya dilakukan sebelum pembedahan pembetulan.
3. Kecacatan jantung jenis sumbatan
  • Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan arteri pulmonary . Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukan belon melalui salur darah di kaki.
Tanda-tanda
  • Gangguan deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik
  • Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
  • Kegagalan jantung : bayi mungkin sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
  • Pertumbuhan berat badan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen dalam penyakit jantung.
Nota:

Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel. Darah tanpa oksigen kembali dari tubuh masuk ke dalam atrium kanan dan ventrikel kanan. Darah kemudian dipam melalui injap pulmanari ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah beroksigen kemudian masuk ke dalam atrium kiri dan ventrikel kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.


Cuma sekeping je gambar 'arwah' yang sempat diambil sebagai kenangan


Rujukan: Aku dah lupa ambik nota ni kat mana, Mungkin KKM  kot!!

3 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Azrina said...

Kak Tini, bertuah sangat sebab dah ada orang menunggu di syurga dan mendoakan kita, Insyaallah! Setiap apa berlaku ada hikmahnya, semoga kak Tini terus tabah!

szarihan said...

akak umialya,
saya tatau yg akak ada anak yg heart problem...takpa la, dia dah tunggu umi dia kat sana...yg gambar tu, gambar Muhammad Syahmi ke..

btw anak saya Sofeya pun ada heart problem (COA,ASD,VSD,PDA) ..Alhamdulillah lepas op kat IJN skrg dah ok

Umialya said...

Along, Pah..
tk.. w/pun dah 12th berlalu tp rasa cam baru je lg..

Pah.. yg tu gmbr hiasan je.. polisi spital, x leh bawa kamera dan ambil gambar. tamb. lak time tu emergency.. x smpt bw apa2.. cukup le persalinan 2,3 pasang baju..

Kalu lihat keadaan arwah masa tu.. seluruh tubuhnya (kepala hg kaki) penuh drip n separuh rambutnya terpaksa dicukur m/kala alat bantuan pernafasan dimasukkan melalui mulut.. rata2 sedara/rakan yg dtg melawat akan mengalir air mata melihat keadaannya..

Kita tahu dia sedar n menangis jika melihat air matanya mengalir keluar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink