Followers

Wednesday, March 10, 2010

Tidur Buaian

Boleh dikatakan anak2ku sblm ini mmg tidur dalam buaian.. maklumle, mereka ditinggalkan dengan pengasuh, nak tak nak kena ikut le juga, tak nak nyusahkan mereka maklumlah diaorgpn ada keje umah kena siapkan.. tetapi bila fikir2 semula, nyesalnya aku gunakan buaian untuk tidurkan mereka sbb kdg2 mereka terjatuh buaian dan dihempap dek buaian ntah kali keberapa.. bila ingat semua tu, ngeri rasanya.

Bab terjatuh dan dihempap buaian adalah satu perkara.. pastu bila nak balik kg je, asyik usung buaian ke sana ke mari.. tak ke menyusahkan!  Berdasarkan pengalaman lalu, aku mmg elakkan penggunaan buaian dan 'walker' sepenuhnya kat Alya.. biarlah dia tidur atas tilam je dan melalui perkembangan yang normal.

Inilah maklumat yang boleh dikongsikan dengan semua tentang bahaya penggunaan buaian
  • Buaian tidak memberi sokongan yang mencukupi bagi tulang belakang dan bahu bayi selalunya membongkok
  • Risiko untuk jatuh adalah tinggi
  • Jika dibuai dengan terlalu kuat, bayi boleh terjatuh keluar atau mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding
  • Kecederaan kepala bayi dan pendarahan dalaman otak (Subdural haemorrhage) - Saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural
  • Risiko tempurung kepala tercedera kepada bayi yang berusia 18 bulan dan ke bawah adalah lebih tinggi
  • Rangka besi buai boleh terjatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.
  • Bayi boleh tercekik (strangulation) dimana ada kes dimana bayi meninggal dunia akibat tersedak semasa tidur dalam buaian.
  • Berkemungkinan tangan dan kaki bayi boleh patah dan terseliuh
Info:
  • Otak bayi terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak, walaupun ia agak sukar berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh, langkah berjaga2 adalah perlu jika sayangkan anak
  • Keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Nota:- Henjutan buai yang perlahan adalah tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Minda yang menyatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh kita semua.

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ciradelish said...

cira pun baby buai jugak..
nak wat camana kan..
kalau x buai x nak tido..
kalau dgn kita boleh la sabar.. ngan pengasuh camana pulak..

skrg ni mmg macam² citer pasal buaian
dulu² xde pun..

*x pernah dgr lagi baby sakit otak pasal buai..
**fikir positif jer..

hohoho.. susah hati sebenarnya!!

szarihan said...

sama la anak saya dua2 org tu berbuai....tp pelan2 saya ajar la tido bwh sendiri...yg sulung tu umur 8 bulan dah leh tido tanpa buai...

mmg la ada keburukan nya ...tp mcm mamacira ckp think positif je dan berdoa supaya tak jd apa2 kat anak2 kita hehehe

Umialya said...

Kalu buai perlahan2 rasanya tak de mslh kot! tp setahu akak le.. kt nursery, penggunaan buaian tidak dibenarkan..

Apa yg menjadi mslhnya.. kdg2 kita/bs terlalai, ylh, bnyk keje lain yg perlu dibuat n hal ini boleh menyebabkan bb terjatuh n kepalanya boleh terkena lantai/besi buaian (ini sbg cnth shj) sbb akak penah alami pengalaman gini, anak pernah terjatuh ketika kita terlelap mata seketika.. sedar2 menangis terkejut/kesakitan. Sib baik time tu buaiannya rendah.. kalu tinggi??

Cnth yg lain, mungkin juga bb dibuai dek abang/kakak lain yg belum mengerti erti BAHAYA dimana mereka hayun sekuatnya untuk keseronokan, maybe kepala bb boleh teratuk n terkena dinding.

Penah juga ada kes bb mati tersedak ketika menyusu didlm buaian.. Moga perkara2 sebegini tidak berlaku ke atas anak kita..Amin

MamaCira
Bukan sakit otak (Dah jadi kes psiko lak..).. kecederaan otak.. 2 perkara yg berlainan. Harap maklum

Umialya said...

Pah Zarihan
Memang betul, adakalanya kita perlu berfikiran positif..

Cam Alya, kalu dia dah siap nyusu n ngantuk, letak kt tilam, jap je dah lelapkan mata, cukup mudah kalu nak dibandingkan ngn abang dan kakaknya sblm ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink