Followers

Monday, February 28, 2011

Alya diusia 1 tahun 6 bulan 4 hari

Pejam celik, pejam celik usia Alya sudah menjangkau 1 tahun 6 bulan dan 4 hari, banyak sangat perkembangannya dari masa kesemasa.

Sayangnya aku belum berkesempatan untuk membawanya mendapatkan suntikan tambahan, minggu lepas, baru aje aku berkira2 untuk bercuti tapi tugasan rasmi yang memerlukan komitmen yang tinggi perlu didahului. Maafkan ummi ye sayang. 5 hari aku bekerja luar sehingga jam 10malam.

Ingatkan minggu ini aku nak bawa dia ke klinik tapi nampaknya masih tak berrkesempatan, surat arahan yang memerlukan aku berada di luar daerah sabtu nanti telah diterima siang tadi.

Minggu depan? Moga aku punyai masa untuk bersamanya tercapai.

Seringkasnya mengenai perkembangan Alya:-
  • Melompat, berlari dan menari ikut lengkoknya tersendiri (pagi semalam menari poco2 bersama maskot A&W di karnival - peserta paling junior) - malasnya nak upload gambar yang terperam dalam kamera.
  • Sudah makan makanan orang dewasa, semua hentam aje
  • Pandai Berdikari - jgn dok mimpilah umminya nak suapkan makanan ke mulut anak karang ni, errmmm, buat masa ini x tercapai hasrat murniku itu
  • Pertama kali masuk pertandingan mewarna di karnival semalam, peserta junior lagi..dapat adiah tau!! herankan? ramai dok tanya pandaikah pegang pencil? baik tanya dia sendiri.. No Komen..
  • Suka meniru apa yang orang buat, contohnya apabila jumpa penimbang, lekas2 buka kasut dan timbang diri sendiri.
  • Paling membanggakan, selesai sudah tempoh 1 tahun 6 bulan dia menyusu susu ibu. Tinggal lagi baki 6 bulan, cuma sekarang ini Alya kurang menggemari EBM tapi dalam frezeer tetap ader stok untuk digunakan di masa kecemasan.
  • Paling meletihkan kami ialah dia kuat sangat merajuk. Anak bongsu katakan!!! 

8 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

wahhh...masih ada stok lagi ye kak..bagusnya...teruskan usaha kak..ada lagi 6 bulan je kan...mmm..kuat merajuk ekkk..geng dgn danial la..hehe

umialya said...

ayu
Alhamdulillah

Merajuk? mudah sgt, pantang silap sikit terus rebah @ campakkan brg yg ader kat tgnnya

mama fahmi said...

tahniah kak dah 1taun setgh dah, kjp je masa b'lalu. bab merajuk sama je fahmi pun suka pukul org balik, kerenah anak2 ribena mcm2

umialya said...

mama fahmi
budak2kan!!! xleh lari dari rajuk

Ummi Salsabila said...

seronoknya dpt lihat anak2 membesar..priceless.:)

umialya said...

ummi salsabila
sonokkan!

sue a.k.a umi akif said...

lbh kurang akif la...akif 21.08.09...sehari sebelum puase...tgh aktif kan...tp seronok

umialya said...

sue..
muda Alya 3 hari aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink