Followers

Wednesday, May 25, 2011

bayi pramatang

Bayi Pramatang
Bilakah bayi dikatakan pramatang?
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi
dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan
sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.
Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?
Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi
yang dilahirkan adalah pramatang.
Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
• Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput
mentuban.
• Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
• Pernah mengalami kelahiran pramatang.
• Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
• Uterus dan serviks yang luar biasa.
• Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa
mengandung dan uri di bawah.
• Kurang sokongan sosial.
• Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
• Jangkitan pada salur kencing.
• Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
• Kecacatan semula jadi sejak lahir.
Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?
• Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung
pada usia kandungan.
• Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu
hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37
minggu.
• Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.  • Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi,
hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak
stabil.
Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang
maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
• Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di
dalam paru-paru.
• Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam
otak.
• Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem
metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
• Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
• Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di
sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
• Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan
pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
• Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang
,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
• Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent
Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau
kegagalan jantung berfungsi.
• Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :
• Serebral palsi
• Kecacatan otak
• Sawan (Epilepsy)
• Buta
• Pekak
• Ketidakupayaan Untuk Belajar
• Perkembangan Lambat
• Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara
26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi
yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-
100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir
melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.  Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang
bayi.
Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:
• Mengawal suhu badan
o Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti yang
dalam gambar)
• Memeriksa tahap gula dalam badan
o Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
• Pembekalan Nutrisi
o Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan
sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang
lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada
peringkat awal umurnya.
• Mengelakkan dari jangkitan
o Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas
merawat bayi.
Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :
• Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
• Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
• Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
• Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada
bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana
boleh menerima sususecara enteral.
• Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
• Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak
atau lain-lain yang tidak normal.
• Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi
pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
• Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah,
bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.
Isu Etika
• Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa
dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang
sebenar.
• Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi
(usia kandungan <26 minggu dan berat badan < 800gm) dan sangat tenat.(contoh
mengalami perdarahan otak yang teruk).
• Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang
dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah
dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat
80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.
Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?
Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :
• Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
• Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang
kronik contoh kencing manis.
• Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik
kesuburan
• Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk
mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:
• Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran
pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko,
RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
• Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa
hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku  • Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah
amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.
Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?
Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:
• Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
• Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi
penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu.
Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah
menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi
menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
• Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
• Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan
seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:
• Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
• Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:
• Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.
• Pendidikan khas

0 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink