Antara Bajet 2012 ialah:-
- Kerajaan setuju melanjutkan umur persaraan 58 kepada 60 tahun (xpastilah, mampu ke tak diri ini nak kerja sampai umur 60 tahun nnt, sekarang ni pun stress manjang, huhuhu)
- Had maksimum harga rumah ditingkatkan daripada RM220 ribu kepada RM 400 ribu (suami isteri) - dibawah Skim Perumahan Pertamaku
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat.
- Pemberian subsidi bil. elektrik RM20/bulan dan kebawah (x mungkinlah buat masa sekarang ni)
- Peruntukan subsidi makanan asas RM2.3bilion
- Caruman Majikan dinaikkan sebanyak 13% untuk gaji di bawah RM5,000 untuk sektor swasta
- 600 ribu Pesara bakal menikmati penyelarasan pencen
- Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000
- Pendidikan sekolah rendah dan menengah disediakan secara percuma - seronoknya!!
- Peneroka bakal menerima durian runtuh (tunggulah ye...)
- Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum.
- Bayaran Khas RM3,000 kepada pesara, balu dan duda anggota keselamatan
- Pemberian suntikan percuma HPV (3 doses) RM150- akan dilaksanakan oleh LPPKN #^&(#$%^&???
- Pemberian subsidi produk petroleum
- Membina hospital wanita dan kanak-kanak Kuala Lumpur - kos RM700 juta
- Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (Tahun 1 hingga tingkatan 5) mulai tahun depan
- Memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum diantara RM80 hingga RM300 mengikut gred.- agak2nya berapa dapat ye?
- Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dikecualikan caj pendaftaran disemua hospital kerajaan dan klinik kesihatan, klinik 1'Malaysia dan Klinik Pergigian - RM1 kan!!!, ok le tu
- Diskaun 50% tambang monorel dan LRT untuk warga emas
- Pemberian bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah - dengan syarat kena berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
(keh x dpt, huhuhu!!!!) - Baucer buku RM200 kepada pelajar di institusi awam dan swasta
- Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, minimum RM500 dan bantuan khas kepada pesara RM500 (akan dibayar bulan Disember 2011 bersama gaji bulanan) - Alhamdulillah... mesti ramai yang dok tunggu2 bab bonus ni, huhuhu
2 komen yang kalian berikan, tqsm..:
^__^
cepatnya akak update...thanks for sharing kak...tak dapat dgr petang tadi..layan emosi je..hehe
Post a Comment