Followers

Tuesday, May 22, 2012

Hukum menyusu anak lebih 2 tahun

Umur Alya sudahpun menjangkau 2 tahun 9 bulan, tercari2 info berkaitan dengan hukum menyusukan anak lebih 2 tahun.

Info 1
Hukum menyusu anak lebih daripada dua tahun adalah harus. Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa anak yang berumur dua tahun dan ke atas tidak diharuskan untuk disusui oleh ibunya.
sumber

Info 2

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan:“Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

Info 3
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Nota:  Rasanya tiada masalah kot untukku teruskan penyusuan ibu buat Alya, anak bongsu kami..

15 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Nigina said...

alhamdulillah.... sy pun masih menyusu anak saya si Adam 2 tahun 8 bulan.... walaupun saya tengah sarat mengandung.

umialya/k.tini said...

Nigina
Alhamdulillah..

|| NaFiRaa || said...

nice info.. thanks..

NzA said...

Syukurlah mcm tu cz alya mampu terus menyusu dr uminya...

Anonymous said...

teruskan.kalau boleh sampai umur 6 tahun

ieja said...

thnkZz

Anonymous said...

puan..sy mohon share ye..tq..;)

Anonymous said...

yooyats yatie-fb...

armouris said...

terjumpa e-book percuma ni, pasal menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

Sherwieyna Muzzawer said...

wah info yg baik..

Izan Ishak said...

salm singgah kak tini... insyaAllah, selagi takde kemudaratan boleh aje teruskan penyusuan. dulu masa si kembar pun lebih dari 2 thn BF...

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Susu Ibu adalah yang terbaik.Tapi lebih daripada 2 tahun sebaik-baiknya dihentikan mungkin sebab nak bagi anak tu lebih berdikari, kan?btw, thanks kak for the info. :)

Zie said...

wah masih menyusu yer.. emm hebatnya ummi rezeki anak tu

Mom's Life Lace said...

tertanye2 tentang ini semenjak dua menjak ni sbb baby dah nak masuk 2 tahun..thanks for the info..

kak tini (umialya) said...

buat teman2, jika nak share 'topik' ini, dipersilakan tanpa perlu mohon keizinan. ia untuk kebaikan kita bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink