Followers

Thursday, May 17, 2012

Gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.


Tisu lembut 

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas. 

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).


Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.
Diagnosis
Rawatan
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
  • ceri
  •  didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry
  •  juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
  • sweetbreads
  • , buah pinggang, hatiotak, atau sebarang daging organ lain
  • sardin
  • ikan bilis
  • hasil daging, consommés, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
  • asparagus
  • kacanglentilspeascendawancauliflowerspinachrhubarb
  • Elakkan kurang air:
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
  • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin Ctea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed
  •  menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.


Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah (colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.

Diet rendah Purine:


Friday, May 4, 2012

Bayi maut terkena renjatan elektrik

Sumber: BHarian


ALOR SETAR: Seorang bayi berusia lapan bulan, Syahmina Zulaika Hazim Akmal, maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah neneknya di Kampung Lancok Tok Leed, Pokok Sena dekat sini pagi tadi. 

Bayi berkenaan maut serta merta dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu selepas dipercayai terpegang wayar sambungan yang tersorok di belakang sebuah almari di ruang tamu rumah tersebut.
Dia turut luka di tangan kirinya.
Ibu saudaranya, Siti Hajar Idris, 26, berkata ketika kejadian, Syahmina Zulaika dijaga oleh seorang lagi ibu saudaranya iaitu Noor Aina Rusli, 14, manakala datuk dan neneknya tiada dirumah kerana keluar menoreh. 

Ketika kejadian mangsa dikatakan ditinggalkan bermain bersama kakaknya Sofina Zulaika, 3, di ruang tamu manakala Noor Aina ke dapur untuk menyediakan makanan kepada Sofina yang lapar. 

"Sofina kemudian datang kepada Noor Aina untuk memberitahu yang adiknya tidur. 

Apabila Noor Aina pergi ke ruang tamu, dia kemudiannya mendapati Syahmina sudah tidak bernyawa lagi dengan badannya mempunyai bintik kemerahan sementara tangannya terlekat pada wayar," kata Siti Hajar ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini. 
Noor Aina yang panik dengan keadaan itu dikatakan mengangkat bayi tersebut untuk diselamatkan tetapi dia juga turut terkena renjatan elektrik namun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Bayi itu kemudiannya dihantar ke hospital berkenaan oleh jiran dan pihak hospital mengesahkan kematiannya. 

Siti Hajar berkata, bayi tersebut yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dijaga oleh datuk dan neneknya kerana bapanya Mohd Azim Akmal Rusli, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik manakala ibu bayi itu sedang menjalani kursus di Pulau Pinang. 

Jenazah Syahmina dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Baru, Pokok Sena kira-kira 5.30 petang tadi. - BERNAMA

Takziah buat ahli keluarganya, al-fatihah 

Tuesday, April 24, 2012

Solat Jamak & Qasar

Sumber: buku Panduan Fardu Ain oleh Ustaz Ismail Kamus


PENGERTIAN JAMAK


Solat jamak ertinya mengumpulkan dua solat dalam satu waktu misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardu maghrib dengan isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu

1. jamak taqdim

* solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor
* solat magrib n isyak pada waktu maghrib


Syarat jamak taqdim

* hendaklah dimulai solat yang punya waktu, ertinya lakukan zuhur dari asar dan magrib dari isyak
* Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbirratul ihram atau ditengah2 solat selama mana ia belum memberi salam
* muwalat (berturut-turut) di antara solat yang pertama dan yang kedua. Jadi, antara keduanya tidaklah boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan lain. Sekiranya diselangi oleh pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solah, maka hendaklah solah pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

2. Jamak Takkhir

* Melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar
* Solah maghrib dan isyak pada waktu isyak

Syarat Jamak Takkhir

* Berniat hendak mentakkhirkan solat yang pertama pada waktu kedua
* Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua2 solah

Peringatan

Apabila masuk sahaja waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat iaitu hendak mengerjakan solat maghrib pada waktu isyak.

Solat jamak takkhir ini tidak diisyaratkan tertib yangmana dahulu dan yang mana kemudian. Oleh itu apabila tiba masanya untuk mengerjakan solah jamak takkhir, maka boleh didahulukan solat zuhur atau asar. Begitu juga halnya dengan jamak takkhir solah maghrib dan isyak.



PENGERTIAN QASAR


Ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat zohor, asar dan isyak.

Solat jamak dan Qasar ini hanya boleh dilakukan pabila seseorang lebih dari dua marhalah 

Syarat-syarat Qasar

1. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah
3. solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam masa takbiratul ihram

Niat solat
Usalli fardal zuhri rakataini qasran lilahi taala

-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala 


Usalli fardal asri rakataini qasran lilahi taala


-sahaja aku  solat  fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala




Usalli fardal isyai rakataini qasran lilahi taala


-sahaja aku  solat  fadu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala



5. Tidak boleh berimamkan orang yang ber solat  taman (sempurna)
6. hendaklah tempat yang ditujukan itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang ditujukan itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. berkekalan perjalanannya sehinga sempurna solah
8. Ia tahu bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan  solat  qasar


Hal-hal yang berkenaan dengan jamak dan qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. walau bagaimanapun, ia boleh memilih di antara satu yang berikut:

1. menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
2. menjamakkan dua solat fardu dan qasar
3. mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


* solat jamak dan qasar ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
* Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
* Akhir musafir ialah apabila kita mamasuki kawasan permulaan musafir tadi.
* Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi sekiranya hendak berhenti disitu selama 3 hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
* Kemudahan solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kampung yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada wal kedua-dua solat dan diantara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau dipertengahan solat yang kedua.


Niat solat jamak qasar

1. Niat jamak taqdim dan qasar: zuhur-asar
Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuann ilal asri adaan lilahitaala

-sahaja aku  solat  fardu zuhur dua rakaat qasar serta dijamakkan dengan asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut
Usalli fardal asri rakataini qasran lillahitaala

-sahaja aku solat fardu asar dua rakaat kerana Allah Taala

2. Niat jamak taqdim dan qasar: magrib-isyak


Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihil isya’u lillahitaala


-sahaja aku  solat  fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala.


Solat magrib tidak boleh diqasarkan.Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib-isyak sama dengan jamak taqdim zohor-asar. Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut:
Usalli fardal isyai rakaataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

3. Niat jamak takkhir dan qasar: zuhur-asar
Usalli fardal zuhri rakataini qasran majmuan ilal asri adaan lillaitaala

-sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepada asar tunai kerana Allah Taala

Selepas memberi salam maka iqamat sekali lagi tanpa mennagguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat semula seperti berikut
Usalli fardal asri rakataini qasran lillahi taala

-Sahaja aku solat fardu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

4. Niat jamak takkhir dan qasar: magrib-isyak
Usalli fardal magribi salasa rakataini majmuann ilaihi isyau lillahi taala

-sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat seperti berikut
Usalli fardal isyai rakataini qasran lillahi taala

-sahaja aku solat fardu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

* dua marhalah -sebahagian ulama mengatakan 48 batu, setengah berpendapat 56 batu dan juga ada yang menyebut 60 batu atau 100km. Untuk berhati-hati eloklah dikira dari 60 batu


Nota: ia untuk rujukanku dimasa2 akan datang

Monday, April 23, 2012

renungan kita

Tersentuh naluri keibuanku ketika melihat gambar ini, seekor anak kucing masih menyusukan ibunya yang telah mati akibat dilanggar.

Friday, April 20, 2012

Hari Belia 2012


Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada negara. 

Mereka tidak harus dilihat sebagai bebanan tetapi boleh menjadi aset yang berharga kepada negara, ini adalah kerana mereka adalah penentu  pertahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi negara.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka  dan ia perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Dianggarkan lebih 2 juta belia akan berkumpul di Dataran Putrajaya 'Sempena Sambutan Hari Belia 2012' yang akan bermula pada 23 Mei hingga 27 Mei 2012, pelbagai aktiviti menarik menanti anda disana..


Untuk maklumat lanjut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink