Followers

Sunday, February 28, 2010

Misiku tercapai sudah...

Hari ini usia Alya telah melebihi 6 bulan.. aku telah berjaya memberikan susu ibu sepenuhnya dan sepatutnya,  Alya sudah boleh diberikan makanan tambahan.. tapi hingga kini aku belum berkesempatan untuk menyediakannya. 

Entahlah, tahap kerajinanku agak rendah berbanding sebelum ini, mungkin disebabkan diriku yang agak lesu dan keletihan, yalah,  tak cukup rehat.. Cuba bayangkan, dalam beberapa hari ini, waktu tidur dan mainnya telah berubah dan aku terpaksa berjaga malam untuk menemani dia bermain.. Hampir jam 1 pagi barulah aku dapat lelapkan mata manakala jam 4.30pagi, aku terpaksa bangun untuk menyiapkan segalanya. Waktu tidurku cuma 3 1/2jam setiap hari dan diantara waktu itu, aku cuma tidur ayam sahaja untuk menyusu Alya bila2 masa. erm.. anak ummi!

Bukannya disebabkan dia meragam atau menangis jika dibiarkan bermain sendirian tetapi aku tidak sampai hati membiarkan dia tanpa ditemani. Tambahan sejak dia sudah mahir mengemas, menjelajah merata sudut rumah.. tak sanggup aku.. Terlalai sikitpun dia sudah berada dihujung kaki, mencapai apa sahaja yang berkenan di matanya... semua keperluan yang agak boleh membahayakan dirinya terpaksa disimpan ditempat lain. Memadai diberikan sebuah majalah, cukup memberi Alya keasyikkan masa bermain.. teddy bear?? setakat ini, dia tidak menunjukkan minat...

Insya Allah, ummi akan memasak bubur nasi khas buat anak kesayangan ummi.. Tungguu ye sayaaang!.

Tuesday, February 23, 2010

Oral Thrush (Seriawan)


Alya telah dijangkiti 'oral thrush' (seriawan)  mulanya ingatkan 'kerak susu' yg menebal kt lidah n cuba bersihkan guna lampin lembab tapi tak jugak hilang .

T/hari td  mnta tlg hb gi beli 'Daktarin Oral Gel' kt farmasi (swasta x der!)  reganya selepas diskaun dpt le RM21... pandai-pandai le ummi kasi ubat sendiri pada anak... mmg pun memandai je sblm ni.  kononnye sibuk, itu  yg tak sempat nak bawa anak ke klinik @ spital.. tp sbb utamanya x suka menunggu. ermmm....

Sebelum ni pernah beli syr.Nystatin kat swasta tp sebaik je ubat tu habis, tompok-tompok putih timbul kembali... tapi kalu tengok cara Alya menyusu, seperti tiada sebarang masalah, elok je.

Jika masih juga tidak berkesan, antibiotik mgkn diperlukan bagi menangani masalah ini.

kemaskini 7.06.2010 pm
rujukan thrush anak dan ibu slide 47 & 48

Saturday, February 20, 2010

Wajah terbaru Alya

Keceriaan Alya kian terserlah setelah hampir seminggu demam.. mula tersenyum dan bermain. Tiada lagi tangisan manjanya minta dibelai...
.

Friday, February 19, 2010

Perkembangan bayi diusia 5 bulan

  • Duduk dengan sendiri
  • Mengulangi bunyi yang disukainya
  • Cukup kuat untuk makan sendiri
  • Belajar mengenai sebab dan akibat
  • Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut
  • Mempertajamkan deria terhadap bunyi
  • Mudah mengalihkan perhatian
  • Perkembangan pelbagai emosi
rujukan; BabyCenter Malaysia

Sunday, February 7, 2010

Pengambilan Pil Kecemasan

Masa yang sesuai

~ Perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif

~ Walaubagaimanapun ia juga boleh diambil dalam tempoh 72 hingga 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif

Perlu dimaklumkan bahawa keberkesanannya berkurangan jika tempoh masa antara pengambilan pil dan hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif adalah panjang

Contoh:-

Nordette 4 pil stat diikuti 4 pil selepas 12 jam atau loe'tte 5 pil stat diikuti 5 pil selepas 12 jam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink