Followers

Friday, December 31, 2010

yeay.. dapat rose, terima kasih "Secubit Garam'

Dapat sekuntum bunga rose pemberian K.Nor pemilik laman SECUBIT GARAM sebagai tanda penghargaan beliau diatas sokongan kami rakan2 blogger

Sebagai pengetahuan semua, blog Secubit Garam banyak  mengisahkan dunia masakan, ada pelbagai pengkongsian resepi, petua dan sebagainya, sehingga ke saat ini, pengikut laman 'secubit garam telah mencecah sebanyak 1006 pengikut, wow.. ramai tu

Ok K.Nor, saya ambil rose yang berkaler putih, terima kasih banyak2..lain kali nak lagi

Thursday, December 30, 2010

esok cuti umum

Alhamdulillah, PM mengumumkan esok 31.12.2010 merupakan cuti umum sempena kemenangan pasukan Malaysia semalam, bestnya, nampaknya hari ini merupakan penutupan pelbagai akaun, laporan dsb,  penat sikit xper, janji esok boleh tergolek2 ngan Alya.

Thursday, October 28, 2010

Tangani Obesiti si Kecil

Anak obes berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

INFO:

  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.

  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.

  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal. Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.

  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.

  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen. 

  •  
    Info:  bh online


    Sunday, October 24, 2010

    Kesan kanser payudara lelaki lebih parah

    Dalam Kolum Kesihatan Utusan Malaysia hari ini membincangkan berkenaan Barah Payudara di kalangan kaum lelaki,   jangan ingat lelaki boleh bebas 100% daripada kanser yang paling ditakuti di kalangan kaum kita ye.. justeru itu langkah berjaga2 perlu diambil oleh semua orang tanpa mengira jantina
    Di antara info menarik untuk di kongsi bersama ialah:-
    • Kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian. 
    • Walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.
    • Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.
    • Kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara, sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser. Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia). Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam.
    • Pengesanan melalui ujian Ultra Sound dan Ujian Biopsi 
    • Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfadan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

    Monday, October 18, 2010

    Kanser payudara banyak di pedalaman Kelantan

    Akhbar hari ini melaporkan bahawa ramai penduduk di kawasan pedalaman Kelantan mengidap Kanser Payudara, aku percaya bukan wanita di Kelantan sahaja yang berisiko mengidap kanser ini tetapi kesemua wanita Malaysia adalah berisiko.

    Sekali lagi aku mengharapkan kepada semua teman2 supaya membuat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan bagi wanita yang berusia 35 tahun ke atas perlu menjalani ujian mamogram. secara berkala .

    Untuk makluman semua, di Kelantan terdapat sebuah Klinik LPPKN yang bertempat di Kota Bharu ada menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram dan mereka akan  merujuk kes ini untuk ujian mamogram di HUSM, Kubang Kerian.

    Laporan hari ini:-

    KOTA BHARU: Barah payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

    Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari, berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

    "Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, di sini, hari ini.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink