Alkisahnya sabtu lepas, sehabis tugasan di tapak program, kami terus ke KLIA2 ambil bujang junior, memandangkan hari dah lewat petang, kami terus "check in" di Ibukota di dalam misi mencari Roti Nan Cheese kari kambing kegemaran Alya dan keperluan sekolah anak2.
Keesokannya kami ke Expo Negaraku yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka dari 15/11/2017 hingga 15/12/2017, masuk adalah percuma.
Sebelum itu makan2 dulu di tapak expo, alhamdulillah makanan di sana tidak mengecewakan, sedap..
Si manjaku
Tak cukup seorang lagi anak, si abang berkobar2 teringin nak join sekaki, nasiblah anak, kamu jauh di utara.
Salah satu kubah (ada 5 kubah keseluruhannya)
Berbaris panjang (melilau gak mata tercari kot2 terserempak rakan blogger terutamanya MD) hampa, dalam group Aweks Bloggerpun dia menyepikan diri pada hari itu, semalam baru keluar dari gua, mentang2 le kami anak beranak sudah balik ke destinasi.. (jangan tak tahu, petang semalampun kami ke sana lagi tapi kali ini senyapkan diri dengan harapan akan terserempak 😄)
Kononnya kami menaiki keretapi menjelajah seluruh tanahair, yang ni kubah no. 2
Biarlah gambar berbicara
Antara aktiviti2..
Kenangan Alya
Aktiviti mewarna
Hasilnya..
"Penari latar"pun tak nampak, ramai sangat
Masa ini baru lepas hujan, sejuk weyhhhh, nasib baik turun sekejap jer..
Laksa dan Mee Kari
Selepas solat zohor, misi mencari pakaian di SOGO dengan harapan masih sama seperti di atas, mungkin bakal terserempak dengan mummy nan jelita. 😀😀😀
Nota: Kali ini tersilap laman 'upkan entri', arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh tensionnya..
22 komen yang kalian berikan, tqsm..:
menarik expo negaraku ni, tapi tak tahulah berkesempatan tak untuk berkunjung
Oh ini lah tpt MD dgn ank dia pergi tu ya...
Tak de jodoh nk jumpa tu UA,dia dh sembunyi dlm gua dah.😆
Anak anaklah yang selalunya memeriahkan hidup kita.
Saya dah berlalu itu semua. Lebih suka duduk rumah atau ziarah kawan kawan lama sahaja...
Aryan.. Insya allah jika ada rezeki, tak ke mana
K. Saniah..
Saya tau expo nipun dr MD, malangnya pada hari kejadian, dia pula hilangkan diri, hu3
IM
Gitulah kehidupan kita, umpama roda..
Kalau pergi hujung minggu mesti penuhkan geng!
Ohhh ambik anak sekali rupanya. Lama ke cutinya?
Minggu lepas kita balik kampung, mmg taklah sampai ke KL gamaknya.
Tengok gambo awak ni mcm teringinlah pulak nak kesini. Bila bila nak ajak Pak King. Awak pilah lagi ke sini, kita janji sure boleh terserempak hihi.... Nak harapkan Mak Lampir tu mmg tidaklah..... dia ambik kontrek menunggu gua sekarang ni hahaha...
Cuti bujang junior sama dengan waktu cuti sekolah, jadi nak bawa adik2nya ke sana susah sikit, maklumlah cuti mereka sama, hari lain pula sessi persekolahan, sayang nak ponteng.
Alorrrrr geng, kos dah terover, tunggu gaji baru pula ya..
Syukur dengan kepulangan anak2..wah hebatnya sambutan Negaraku tu..macam2 ada ..
Seronoklah si Alya
Kenapa kita tak jumpa kat situ. Oh. Baru saya ingat rupanya saya belum pergi lagi.
Misi hebat cintakan negara..negara ku
Alhamdulillah Cikgu.. Sesekali dapat berkumpul..
WP.. 😄😀
Adam.. Ishhhh awak ni, jika terserempakpun tak kenal..
Jom le Cikgu bawa family cuti2 di Semenanjung
Macam seronok je.. Tak tahulah sempat tak nak pergi.. Nak balik kg pulak. Huhuu
Terus rindu Malaysia... tetiba.
Tak sempat nak gi..
Sebab nabil masuk kem hafazan sehingga 21 dis ni..
Tengok gambar UA je lah 😀
Wah menarik ekspo ni.dah terlepas sudah,x sempat pergi.
Akhirnya saya tak pergi. Mula2 sebok. Lepas tu lupa. Hujung minggu pulak asik balik kampung. Sedara mara kawin.
dah beso di kecik Alya..dah masuk darjah 1 lom
Post a Comment