Followers

Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Jus Pegaga

Mungkin ada diantara kalian yang tidak pernah minum jus pegaga, sedap tau tambahan pulak pegaga boleh dikategorikan 'milk booster'. 

Yalah, aku jenis yang malas nak makan suplement itu, ini.. Pernah gak ambil MULTIVITAMIN dan EPO tapi cuma bertahan untuk beberapa ketika aje.. Justeru itu,  bagi memastikan aku mendapat makanan yang berkhasiat, seimbang dan  juga supaya misi aku menyusukan Alya tercapai MAKA kenalah pelbagaikan jenis makanan seperti yang terkandung di dalam piramid makanan. 

Jujurku katakan, kami JARANG2 makan diluar, masak je setiap hari sebabnya cuma SATU  iaitu aku tidak suka kepada 'perasa tiruan'. Jika boleh nak elakkan sepenuhnya untuk keluarga kami.

Baru jap tadi buatkan Jus Pegaga di perah limau kasturi, sedaaap!! tak caya, cubalah..

Bahan2nya: 


pegaga + akarnya - cuci bersih
1 cawan air
beberapa biji limau kasturi / sebiji limau nipis

Campur pegaga dan air
kisar halus kemudian tapiskan
ambik jus pegaga shj



perah limau kasturi / nipis ke dlm jus td, 
masukkan air gula secukup rasa
akhirnya masukkan ais, nyamaaaan!!!

Mungkin kalian boleh juga campurkan pegaga dan timun,ikut step di atas.. 

Saturday, July 24, 2010

Ice Blended Kurma

W/pun malam ini agak kepenatan kerana baru sampai rumah hampir jam 7 petang tadi  setelah sehari suntuk  menghadiri Majlis Perasmian yang telah di sempurnakan oleh PM dan Menteri Besar Pahang - masing2 di Pos Betau dan Sg Koyan.

Biarpun letih tetapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk mencuba resepi baru yang cukup mudah dan berkhasiat, sesuai sebagai minuman berbuka / sahur untuk seisi keluarga di bulan Ramadhan, ia juga buat ibu2 yang menyusukan anak seperti diriku. Resepi ini aku perolehi melalui laman  ezurin- AYU. Cara penyediaannya amat ringkas sekali.

Setelah anak2 minum, dorang membuat sedikit ulasan, bak aiskrim vanila,  lemak berkrim. kata mereka

Bahan-bahannya:-
i) Buah Kurma yang telah dibuang bijinya (jumlahnya terpulang kepada individu)
ii) Susu Segar 
iii) Ais jika suka


Masukkan kesemuanya kedalam pengisar dan kisarkan seketika

Penyediaannya simple dan ambil masa yg sekejap, dah siap pun! 
selamat mencuba

Terima Kasih akak ucapkan kepada Ayu kerana sudi kongsikan resepi yang sungguh lazat dan berkhasiat ini,  untuk pengetahuan,  kurma boleh dikategorikan sebagai 'milk booster'..

Friday, March 26, 2010

Pulut, milk booster??

Setakat ni tak pernah lg aku dengar @ baca kisah rakan2 menceritakan bahawa  pulut adalah sejenis makanan yg boleh menambah susu ibu.. percaya @ tidak, setiap kali aku makan makanan berasaskan pulut, dalam masa 4 jam 'breast' akan  terasa 'let down'  dan sessi mengepam pasti menjadi suatu saat yg menyeronokkan..  sebabnya?   hasil perahan pasti berbaloi-baloi.. mungkin disebabkn ia serasi ngan aku agaknya..

T/hari td, aku masak pulut n bawa sedikit  ke pej untuk anak buahku.. diaorg terus berkata, jap lg  siap sedialah.. susu pasti melimpah.. Ha'aa.. mmg betulpun, 'B' terasa penuh je dan w/pun Alya menyusu dalam j/masa yg lama tetapi  masih tidak mampu untuk mengosongkannya..

Ermmm.. Malaaaasnya aku nak mengepam ni.. tunggu le jap lg.. kalu masih lg bengkak, terpaksa juga  aku mengepam sekali lg sbm masuk tido..  kalu tak, bersedialah untuk bngun malam2 mengepam dan tukar baju. hehe...

Saturday, March 20, 2010

Air Longan (Milk Booster)

Pagi ni aku renihkan buah longan kering dan dimasukkan gula kabung. Aku cuba membuat kelainan.. Jika pada hari sebelumnya, aku buatkan air longan dicampurkan kurma merah (cina) tetapi aku cuba ubah selera supaya tidak jemu.

Semenjak aku merantau 14 belas tahun, tekak aku ni dah mula memilih, gula kabung berada kt tangga paling tinggi berbanding ngn gula melaka dan 'nise' -kalu kt kelantan.. mahal le sikit.. 1 ketul (ada 2 keping) reganya hampir mencecah RM6.00 (tu belum kira lg musim perayaan) tapi nak wat camne.. 'taste' tinggi..

Bagi org yg tak pernah mencuba gula kabung, diaorg tak dapat membezakannya tp bagi mereka yg telah mengamalkan penggunaan gula kabung dalam masakan terutamanya penyediaan kuih muih tradisional, pastinya dapat membezakan kuih muih yg menggunakan gula kabung @ gula melaka @ 'nise'.

Sekali lagi aku cuba kongsikan resepi air longan yang baru je siap pagi ni..


Resepi Air Longan

Bahan-bahan
20 -25 biji longan kering
1 keping gula kabung (@ secukup rasa (kalu tak ada gula kabung boleh diganti gula @ gula melaka @ 'nise'..  Apa2 je le yg ada kt dapur, jgn masuk kicap udah le..)
1 liter air


Campurkan kesemuanya dan renihkan diatas api sederhana sehingga longan kering kembang. Bila dah siap, angkat dan boleh le dihidangkan.

Jika suka minuman sejuk.. boleh dicampurkan ais apabila air longan tu dah sejuk @ disimpan dalam peti ais..


Gula kabung
(setiap bungkus ada 2 keping gula kabung, berat/bungkus lebih kurang 250gm)

Minuman Milk Booster


Dalam 2 hari lepas, perahan susu ibu untuk stok EBM Alya memang menurun teruk.. Mungkin disebabkan aku stres (bukan pasal keje ye.., ), kepenatan dan kurang tidur. Yalah,   Lepas meeting jam 6 ptg  rabu lepas, kami terus bertolak balik dan sampai ke rumah hampir jam 12 t/malam. Seawal jam 4.30 pagi aku sudah bangun sebab Alya poo.poo.  aku terus berjaga dan siapkan diri untuk masuk kerja jam 8pagi pula.

Pagi semalam EBM ku cuma dapat 3 oz aje dan terpaksa menggunakan stok frozeen 5oz. Sementara stok ptgnya, cuma dapat dalam 3oz juga.. cukup le untuk keperluannya.. Sudah 2 hari juga le aku tak menyediakan sarapan pagi.. justeru itu, aku minta tolong hubby belikan makanan untuk sarapan kami anak beranak.

Aku cuba tenangkan diri dan bangkit demi insan tersayang.. Insya Allah, cuti hari ini, aku akan gunakan sepenuhnya untuk rehatkan diri dan bersama Alya. Mungkin aku akan membuat sekali lagi "Power Pumping"..

Buat sementara itu, aku cuba mengambil sebanyaknya 'milk booster' .   2 hari lepas dan semalam aku minum air longan kering dan kurma merah.. pagi ini pula, aku buat  air longan sahaja.. tukar selera. . hasilnya sudah mula nampak.. 'let down' udah mula dirasai dan p/darapun dah rasa berat je.  Insya Allah, keadaannya akan pulih sediakala..

Aku cuba kongsi resepi air longan dicampur ngan kurma merah.. rasanya mmg sedap.. 1 famili boleh minum.. longan kering ini aku beli kat Giant.. reganya boleh tahan gak RM69.90/kg.. n kurma merah RM 23.90/kg


Resepi Air Longan Kering dan Kurma Merah

Bahan-bahan
  • 10 biji Longan Kering
  • 10 biji Kurma Merah
  • 1Liter Air
  • Gula secukup rasa
Campurkan kesemuanya dan renihkan sehingga longan kering dan kurma merah kembang..

p/s; Boleh minum semasa panas atau disejukkan.. ikut selera masing-masing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink