1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi
kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal,
mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik
2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu
sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat
3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat
4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu
5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan
akal manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu
banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan
yang rendah, kembung dan sawan tarik
0 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Post a Comment