Followers

Friday, October 19, 2012

Kanser payudara dan keturunan

Bagi menjawab persoalan daripada Cik Anon di Entri INI

Didapati sesetengah kanser payudara ada kaitan dengan keturunan atau genetik, hasil kajian menunjukkan 5-10% kes2 positif kanser payudara adalah berkaitan dengan genetik.

Didalam setiap nukleus sel manusia terdapat 23 pasang kromosom. Kromosom ini diwarisi dari kedua ibubapa kita iaitu masing2 separuh dari ibu dan bapa.

Di dalam kromosom terdapat gen yang mempunyai maklumat untuk mengawal keseluruhan fungsi badan. Gem merupakan keratan DNA (Deoxyribonucleic Acid) yang mempunyai maklumat biologi seseorang.

Gen yang rosak melalui proses mutasi akan menyebabkan individu itu terdedah kepada pelbagai jenis penyakit termasuk kanser, dari kajian didapati banyak gen terlibat di dalam kanser payudara antaranya BRCA1 & 2, gen ini tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan sel2 kanser membiak tanpa kawalan dan menjadi ketulan kanser.

Wanita mempunyai sejarah kanser payudara dikalangan keluarga mungkin mempunyai kerosakan gen2 tersebut, buat masa ini pakar2 perubatan belum dapat membuat keputusan keperluan ujian gen2 di kalangan keluarga pesakit kanser payudara kerana ada banyak faktor lain yang berkaitan yang boleh menyebabkan kanser.

Sumber: MAKNA (Barah Payudara: Panduan untuk pesakit)

7 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Nor Idayu Abd Rahman said...

Nenek saya doktor sahkan dia ada penyakit ni.. Kena jumpa doktor utk buat checkup ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

ada pernah dengar juga orang cakap macam ni. Tapi tak pasti la. harap-harap semua selamat. Doa pada Allah..

Siti_btp said...

Sesiapa pun berisiko kanser payudara..

Masa akk disahkan kanser masih menyusukan anak sepenuh masa..
Tiada keturunan kanser dlm keluarga;
Berumur 35 thn ke bwh..Berat badan stabil 52 kg//

Penyebab kanser mungkin pemakanan dan stress..

wan nurul hezrina said...

mintak dijauhkan dr penyakit berbahaya ini.takutnye lah..

hainom OKje said...

Semoga ada keajaiban berlaku... Insyaallah!

Ena said...

sangat menakutkan....
sbb sejarah keluarga belah mak sendiri ada.. belah asben juga ada..
Moga dijauhkan sejauh2nya dari kami.. Amin..

Che Rosliza Che mat said...

amit2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink