Followers

Thursday, November 1, 2012

Gaji Naik 2013

Alhamdulillah semakan gaji baru akan dibuat dan dijangka 1.4juta kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji sehingga 5%.

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.

Copy&Paste: Berita Harian

9 komen yang kalian berikan, tqsm..:

✿.。CikPuan Su。.✿ said...

confirm la Cuepacs sambut baik.. da berita baik.. cube berita naik gaji peratus ikut tangga gaji.. errrmmm

Cikrosecute said...

untunglah orang kerja kerajaan..asyik gaji naik jer...

azhariahzuber said...

kata utk yg gaji mati jekan

Unknown said...

terima kasih info ni. dapat semangat dan wajib bersyukur ya

Kakzakie Purvit said...

Bersyukurlah mereka yg terlihat kenaikan ini. Macam kakak kerja swasta gigit jari huhu...

Mat Som Sadona said...

Faedahnya kepada yang gaji mereka dah sampai dinding dalam jadual gaji.

Dlm kehidupan skrg yg penuh dgn tekanan inflasi, kenaikan harga barang, kenaikan ini dapat meringankan beban kakitangan awam.

Buat yg bukan kerja kerajaan, kenaikan ini juga membantu menaikkan ekonomi para peniaga, tukang jahit, penjual kuih dan lain-lain. Duit2 itu akan berputar-putar kalangan kita saja. Tak taulah kelau mereka melancong ke Bangkok, jakarta, terlepaslah duit2 itu nanti ke negeri lain.

Tidak lain hanya utk anak-anak yg sedang belajar di universiti dan kolej2.

BTS said...

kalau naik best lah...thnks for following my blog!!

Masya said...

tahniah.... walaupun baru ura²
insyaallah kalau dah rezeki tak kemana...

Anonymous said...

Kesian pakcik, makcik kat kmpg. Harga brg comfirm naik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink