Malam ini menerima persoalan daripada Intan Afira berkaitan dengan pemakanan pesakit selepas menjalani pembedahan.
Bagi memastikan luka sembuh dengan cepat, pesakit perlu memakan makanan yang seimbang. Makanan yang mengandungi protin seperti ikan, ayam, daging dan telur amat diperlukan.
Pesakit juga memerlukan vitamin untuk membantu menyembuhkan luka, biasanya ia terdapat di dalam sayur2an dan buah2an.
Makanan kaya dengan protin dan vitamin yang mencukupi dapat mengelakkan pesakit dari mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan dapat mengembalikan tenaga mereka.
Dengan ini, pesakit akan cepat sembuh dan mereka akan merasa selesa serta bertenaga.
Nota: Pandangan masyarakat kita, makanan yang mengandungi protin seperti telur akan menyebabkan luka bertukar nanah (sebenarnya infeksi akibat tidak menjaga kebersihan), lambat baik.
Sayur2an dianggap sejuk dan boleh memudaratkan kesihatan dsb.
Amalan pantang larang ini tidak digalakkan kerana ia tidak memberi kebaikan malah memudaratkan kesihatan pesakit sahaja, apa2pun tepuk dada tanya selera.
4 komen yang kalian berikan, tqsm..:
salam kenal..jmput follow kmbali :)
Singgah sini lawat umialya....
Assalammualaikum . Saye baru sahaja lepas pembedahan buang appendix . Apee makanan yg saye tak bolee ambil ?
Sy pun bru lpas bedah buang appendix. Tu la tgh cari jgk psal mknn pntang
Post a Comment