Followers

Friday, May 28, 2010

Penyusuan badan: bagaimana caranya untuk memastikan susuibu mencukupi??

Sering kedengaran keluhan ibu-ibu bahawa mereka sering mengalami masalah kekurangan susu ibu untuk diberikan buat bayi,  perlu diingatkan, sebaik sahaja ibu melahirkan bayi, mereka mampu menyusukan bayi sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula walaupun bagi ibu bekerja dan sentiasa sibuk, apa yang penting ialah minda kita perlulah positif.

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah ibu mengalami masalah kekurangan susuibu, panduan dibawah mungkin boleh membantu ibu mengatasi masalah di atas seperti:-
  1. Mempunyai motivasi diri (yang ini paling penting, ibu2 kena mencari dan menggali ilmu secukupnya, mesti ada yg berkata, org dulu2 x perlu belajar puuuun!!, dulu lain, sekarang lain, betul tak??)
  2. Sokongan  keluarga , terutama suami, ibu @ MIL sbb apabila  kita mendapat sokongan padu drp mereka, kita x ader le stress, jika dorang kurang bersetuju jelaskan dgn terperinci kebaikan susuibu
  3. Menyusu bayi dengan kerap (jika boleh sekerap mungkin)
  4. Pam susu di antara penyusuan ( jika kita bekerja, jgn skip, pam tetap kena pam..)
  5. Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat (mgkn ada yg kurang bersetuju, terpulang kpd individu..)
  6. Bayi  hanya diberi penyusuan ibu sahaja (jgn sesekali memberi susu formula..)
Selain daripada itu
  • Teruskan penyusuan ibu 
  • Pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara bagi penyusuan yang berkesan
  • Memberi susu dari kedua-dua belah payudara untuk beberapa kali pada satu penyusuan
  • Menyusu ibu lebih kerap dan lama
  • Berhenti menggunakan botol susu dan puting jika perlu (jika ibu bekerja, terpaksa le..)
  • Rehat secukupnya (mungkin sesekali perlu ambil cuti kot!!)
  • Letakkan bayi ke dada untuk menenangkan dia
  • Mengambil supplement tambahan atau makanan yang boleh menambah susu ibu jika perlu
  • Memerah susu di antara penyusuan (yang ini penting..)

Thursday, May 27, 2010

Penilaian cara penyusuan yang betul

Bayi menyusu dengan betul jika:-
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu bayi menyentuh payu dara
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas
  • Menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam
  • Kita boleh mendengar bunyi bayi menelan susu

Sunday, May 23, 2010

Perkembangan anak 9 bulan - 1 tahun

Esok genaplah usia Alya 9 bulan, seronok tengok perkembangan anak dari masa ke semasa dan pada usia sebegini Alya sepatutnya:-

Pergerakan Kasar
  • Mengesut dengan punggung (mahir daa)
  • Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri (udaaah)
  • Berdiri dengan sokongan (lama dah)
  • Berjalan sambil berpegang (boleh daaah)
Pergerakan Halus
  • Mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (lulus ujian)
  • Bertepuk tangan (suka sangat)
  • Mengetuk dua objek satu sama lain (mahir daa)
  • Meletakkan satu objek yang dipegang untuk mendapatkan objek yang lain (ok je)
Psikososial
  • Takut pada orang yang tidak dikenali (xmo punya)
  • Gemar didukung atau dipeluk, juga minta didukung oleh orang lain yang dikenali (kalu boleh le..)
  • Menangis apabila ditinggalkan / berjauhan dengan ibubapa/penjaga (itu le susah sikit nak wat keje krg ni..)
  • Boleh menyatakan kehendak melalui memek muka, tunjuk jari atau sebutan seperti 'mam-mam' ( Gitu le krg ni.)
  • Berminat pada keadaan sekeliling ( mmg pun)
  • Memahami perlakuan ibubapa / pengasuh (fhm jika kita ada mslh, diapn ikut sama sedeynya..)
  • Tidak mudah memberi barang kepunyaannya (nangis jika ambil benda ditngnnya)
  • Boleh melambai (ada sekali 2 je, pastu dia wat derk je)
  • Suka berdamping / bermain dengan ahli keluarga (kdg2 dia leka bermain ngn kakak /abgnya)
  • Suka mengulangi perlakuan yang menyeronokkan ( ya, betul tu)
  • Datang apabila nama dipanggil (kdg2 x sempat panggilpun, dia dah dtg  mencari)
  • Menunjuk kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibubapa/pengasuh/orang yang dikenali ( suka bangat ..)
  • Mengangguk untuk 'ya' dan menggeleng untuk tidak (pandai daa)
Bahasa Pertuturan
  • Memahami arahan yang mudah seperti duduk
  • Menyebut/membebel ' ma ma', 'ba ba'
  • Meniru bunyi-bunyi pertuturan atau persekitaran

Friday, May 21, 2010

Makanan pejal bayi berusia 9 bulan hingga 12 bulan


3 hari lagi genaplah usia Alya 9 bulan. Cepatnya  anak ummi membesar, aku sudah nampak dia sudah tidak mengemari makanan berkisar lagi. Pantang nampak kita makan, dia seakan minta disuapkan.

Pada usia sebegini, kita sudah boleh membiasakan bayi dengan amalan makanan pejal dan memudahkannya makan bersama ahli keluarga yang lain.

Susu ibu masih merupakan komponen penting dalam diet bayi kita. Namun begitu, di akhir tahun pertama bayi, makanan pejal telah menjadi bahagian penting dalam nutrisinya. Kini, bayi lebih mudah menelan makanan, dia mempunyai lebih banyak gigi, dan telah hampir hilang refleks merodok lidah dan terjeluak (tongue thrust and gag reflexes) dan ini bermakna dia tidak lagi perlu diberikan makanan lembik.

Kemahiran bayi makan dengan sendirinya juga semakin berkembang setiap hari. Pada usia sembilan bulan, jika diberi peluang, dia mungkin sudah cuba menggunakan sudu untuk menyuap dirinya sendiri, walaupun tidak begitu berjaya. Tetapi, di akhir bulan ke-10 pula, dia akan berjaya dalam sebahagian daripada usahanya memasukkan sudu ke dalam mulutnya. Kita haruslah membantu dia dan memberi galakan dengan membiarkan dia memegang sudu sambil kita menyuapkannya.

Sekarang tibalah masa untuk memperkenalkan makanan yang dicincang halus dan yang dicincang kasar. Bayi  kian sudah mengambil makanan pejal tiga kali sehari di samping susu, dan mengambil snek seperti buah-buahan di selang waktu makan utama. Bayi belum lagi mempunyai gigi geraham untuk mengunyah makanan dengan baik sehingga dia berusia antara 18 dan 24 bulan, tetapi cara gusinya mengisar makanan dengan efisien agak menakjubkan. Bayi akan berasa tenang apabila asyik menggigit-gigit makanan jejari yang cukup keras, tetapi pastikan kita memilih sesuatu yang akan larut setelah dikisar oleh gusinya memandangkan risiko tercekik. Berhati-hatilah semasa memberi makanan yang bulat dan kecil seperti buah anggur – kita  mungkin mahu menunggu sedikit masa sebelum memberikan makanan seperti itu kepada bayi. Cuba berikan kerak roti yang dibakar keras, juga hirisan buah epal tanpa kulit, dan karot yang dimasak sekejap.

Rujukan dan salinan: BabyCenter.com

Thursday, May 20, 2010

Duktus Tersumbat

Alhamdulillah, masalah yang ku hadapi selama 2  hari ini tidak kritikal, ia cuma 'duktus tersumbat', mgkn gak mastitis di peringkat awal. Setelah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan gejala tersebut, benjolan mengeras yang ada semakin surut dan kesakitan reda. Cuma aliran susu masih berkurangan tapi x per,  stok EBM boleh dibantu dek p/dara sebelah kanan.  Aku bersyukur kerana ia tidak melibatkan luka/kesakitan pada nipple. Selama 2 hari ini aku cuma mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan. 

Gambar hiasan
Terima kasih kepada rakan2 di alam maya yang telah  mendoa  dan memberi sokongan.  Amat terharu, tak sangka ada yg sudi mendengar luahan hati ini.

Gitu juga anak buahku di pejabat yg terpaksa menjawab panggilan telefon bagi pihakku  sewaktu aku terpaksa mengepam dengan kerap semalam  (aku tahu korang gugup dan  takut tersilap menerima pesanan.. kesiannya tp nak x nak, terpaksa gak, time ni le telefon asyik berbunyi je,  bukan susahpun jawap telefon tu, tanya je panggilan drp siapa n aku akan call semula menggunakan h/set sambil aku mengepam kat bilik utiliti...tk nor!!) .  

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
 
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Rujukan dan salinan 99%: babyCenter.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink