Followers

Friday, January 7, 2011

Penyusuan dan Supplement

Seronok baca komen2 yang diutarakan di dalam n3 INI, ada pro dan kontra. Sebenarnya buat masa ini aku kekeringan idea nak ulas panjang lebar berkenaan isu2 yang sedang hangat diperbincangkan di laman tersebut.

Berdasarkan pengalamanku menyusukan si Alya (kini 1 tahun 4 bulan) dan abang serta kakak2nya sblm ini, aku tidak meletakkan pengambilan suplement sebagai makanan utama (wajib - bagi mandapatkan susu2 yang berkualiti)  KECUALI sebagai makanan tambahan semata2. Alhamdulillah, sehingga kini aku masih mampu memberikan yang terbaik buat Alya dan dia membesar mengikut perkembangan yang ditetapkan.

Bagi menjawab persoalan diatas, apa kata kita rujuk entri berikut : 'Kenapa pam sampai 7 - 8 kali sehari?'. apa2pn, tepuk dada tanya selera.. keputusan adalah HAK individu..

8 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

salam kak tini, terharunya kak tini sertakan link ayu di sini..terima kasih kak ..^_^

umialya said...

ayu
perkara yg baik perlu dikongsi bersama

Azrina said...

Salam Kak Tini....

Setiap entri saya terutama bagi ibu yang ingin mencuba set penyusuan saya tidak pernah katakan kpd mereka bahawa pengambilan suplemen membuatkan susu lebih berkualiti sahaja tetapi lebih menekankan suplemen memperkayakan nutrisi susu ibu yang sedia Allah ciptakan dengan lengkap serta sempurna dan saya selalu ingatkan ibu2 yg membeli di blog saya ataupun menjawab pertanyaan di email saya bahawa pengambilan suplemen adalah untuk si ibu, iaitu tingkatkan taraf kesihatan mereka jika ibu itu kurang mengambil sumber makanan yang lebih natural. Seringkali customer2 yg beli set B teruja dengan keberkesanan Shaklee lantas memberi testimoni sebegini "susu saya lebih berkualiti selepas makan set B". Untuk itu saya dan pengedar lain tidak mampu untuk memberi teguran statement sebegitu kerana itu adalah hak pengguna untuk memberikan testimoni mereka walaupun kami seringkali ingatkan suplemen adalah USAHA sahaja yang penting ikut 3 saranan ini iaitu MENGEPAM 3 JAM SEKALI, PENGAMBILAN AIR LEBIH 2L dan DOA tapi saya rasa ramai yg salah fhm dgn kami kerana kurang nak baca entri kami kerana mereka lebih byk suka baca entri pengguna sahaja. Sebagai bekas PC saya juga ada tanggungjawab untuk memberi bantuan mengenai penyusuan, bukan mementingkan business semata2. Saya cuma harapkan hentikanlah isu suplemen di dalam penyusuan yang lebih ke arah 1 pihak. Inilah kali pertama saya menjawab kerana saya menghormati Kak Tini dan saya percaya Kak Tini akan mendengar pendpt saya dan tidak membuat andaian berat sebelah. Misi dan objektif saya di dalam penyusuan masih sama iaitu ingin memberi kesedaran kepada masyarakat ttg kepentingan penyusuan secara alami. Assalammualaikum...

umialya said...

Azrina a.k.a Along
tk atas pndngn trsebut.. akak amat hargainya..

ayu said...

Pada pendapat ayu plak la kan, makan supplement tu mmg berkesan sekiranya ibu itu juga mempunyai usaha yg konsisten..bukanlah nak mendabik dada tapi itulah kebenarannya.. kalau makan apa2 jenis makanan yg dapat upkan susu tapi tidak ada usaha yg berterusan mmg tak jadi juga kan..apa2pun, sebagai ibu, kita mesti nak terbaik utk anak2 kita... dan bukan semua orang serasi dengan apa yang dia makan....

umialya said...

ayu..
betul tu, ia bergantung kepada kesesuaian individu, setiap daripada kita tak sama

Azrina said...

Kak Tini saya OK heheh. Cuma saya senang nak berciter dgn Kak Tini yang lebih matang dan rasional tu je berbanding mereka yg cepat melatah.

umialya said...

Azrina a.k.a along
he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink