Followers

Wednesday, June 9, 2010

masalah bau badan??

carian google
Masalah bau badan boleh dialami oleh sesiapa shj.  Ia disebabkan oleh peluh  yg keluar bercampur bersama dgn bakteria di permukaan kulit. Masalah ini boleh dipengaruhi oleh pemakanan yang kita ambil seharian.

Biasanya kaum lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding perempuan, kenapa ye?? mungkin mereka menghisap rokok, ya tak??

Tanda:-
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Rawatan:-
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Petua  mengurangkan bau badan:-
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
rujukan; myhealth.gov

Nota: jika ada diantara rakan yang ada petua, jom kongsi bersama..

Sunday, June 6, 2010

Cantik, bijak dengan PISANG??

carian goggle
Aku amat tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Noraini Abd. Razak wartawan Mingguan Malaysia hari ini mengenai cantik, bijak dangan pisang?. Untuk lebih lanjut boleh RUJUK SINI.

Pisang boleh membuatkan kita:
  • Gembira
  • Meredakan ketidakselesaan perut
  • Hindari stress
  • Meransang otak
  • Penampilan menawan

Saturday, June 5, 2010

Bayi Maut Jatuh Walker

Akhbar hari ini melaporkan mengenai kematian Adik Nasrul Hakim yang berusia 7 bulan semalam  (4.06.10) akibat berlakunya pendarahan dalam kepala selepas jatuh walker di rumah pengasuhnya. Berita selanjutnya DISINI. Salah siapa agaknya ye, ibubapa @ pengasuh ??

Sebelum ini aku pernah menulis entri mengenai BAHAYA WALKER. Mungkin ia boleh dijadikan panduan kita semua.

Friday, June 4, 2010

Berat unggul, ANDA??


carian goggle
Alhamdulillah, selepas melahirkan Alya dan berkat menyusukan si jantung hatiku ini selama 9 bulan, aku telah mendapat berat badan yang diidamkan sebelum ini. Jangan jealous!!

Berat 51kg dengan ketinggian 156cm, maka BMI ku kini adalah di paras unggul iaitu 21.2. ok le tu!! Jika dibandingkan dengan berat badanku bertahun2 sejak melahirkan anak sulung 14 tahun lepas, berat asyik di paras 43 - 44kg,  hampir2 Kurang Zat Makanan (KZM) . bak kata org, di tiup anginpun boleh tumbang. huhuhu..

Pernah sekali berat badanku merundum agak mengejut daripada 43kg ke 40kg (BMI cuma 16.7 shj - KZM tau, cengkung sgt!!),  ia adalah hasil daripada percubaan kontraseptif doses rendah pil 'mercillon'. Konon2nya wat kajian le kan, orang kata kontraseptif ini boleh mengawal @ mengurangkan berat badan, kecantikan dan pelbagai lagi kebaikannya.. kiranya ambil kontraseptif ni adalah 2 dalam 1.

 Aku cuba le kan.. erm, mampu ambil  3 pusingan je, tak larat le berat badan turun sampai 1kg/bulan. Sebenarnya keberkesanan penurunan berat badan akibat penggunaan kontraseptif ini adalah bergantung kepada individu. Ada sesetengah tu dok stabil je, tak turun2, ada gak yang ambil masa yang agak lama untuk turun sebabnya setiap daripada kita adalah tidak sama.

Kebaikan kita menyusukan anak bukan setakat untuk bayi sahaja tapi pada ibu jua iaitu bagi mendapat berat badan yang ideal.. tak perlu le membazirkan duit membeli ubat kuruskan badan @ apa2 jelah yang seangkatan dengannya.

tak caya????  cuba tanya rakan2 kita yang menyusukan anak secara eksklusif ...

Wednesday, June 2, 2010

Terlupa, nak wat camner yee!!!

.
carian goggle
Bagi ibu2 yang menyusukan anak, kebanyakan mereka mengamalkan kontraseptif  jenis 'Noriday' (hormon progestogen -POPs ) kerana ia tidak mengurangkan susu ibu, perlu diingat, kaedah ini tidak boleh mencegah jangkitan Sexually Tramismitted Infection / Human Immunodeficiency Virus (STI/HIV ),  pemakaian kondom adalah  lebih sesuai/konsisten.

Kesibukan bekerja menyebabkan ramai diantara mereka sering terlupa mengambil pil tersebut mengikut masa yang betul dan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi kontraseptif tersebut dan kesannya ???  sekali 2 tercicir x der masalah jika:-
1) Ibu yang ada haid (samada menyusu / tidak) dan terlupa 1 atau lebih pil melebihi 3 jam 
  • Makan 1 biji serta merta bila teringat
  • Teruskan seperti biasa setiap hari
  • Elakkan hubungan seks atau guna kondom sbg kontraseptif tamb. selama 2 hari
  • Jika berlaku hubungan seks tanpa perlindungan dlm tempoh 2 hari tersebut maka perlu ambil pil kontraseptif kecemasan

2) Ibu tiada haid serta menyusukan anak dan terlupa 1 atau lebih melebihi 3 jam
  • Makan 1 biji serta merta
  • Teruskan seperti biasa setiap hari
  • Jika ibu menyusukan anak secara eksklusif dan usia bayi kurang 6 bulan, kaedah lain tidak diperlukan
Jika ada ibu2 yang bertanyakan pandangan aku, bolehkah pengambilan  noriday diteruskan setelah bayi berusia 6 bulan?? jawapannya: boleeeeh, x der masalah ambil pil noriday  jika ibu telah serasi menggunakannya, apa yang penting ialah anak kita mendapat khasiat susu ibu secukupnya.

Nota: Aku baru sedar, ada diantara pengikut laman ini terdiri drp. anak remaja / pelajar. Rasanya tak der masalah kot aku membincangkan isu sebegini memandangkan setiap drp mrk akan melalui 'alam dewasa' dan ia boleh dijadikan pengetahuan am..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink