Gambar Hiasan
Aku pasti ramai ibu diluar sana segan untuk menjalani ujian pap smear. Mungkin disebabkan sifat malu yang menebal membuatkan ramai dikalangan kita yang mengidap 'Kanser Serviks' secara diam dan apabila dikesan positif kanser, ia sudahpun pada peringkat yang teruk.Tidak dinafikan, bangsa asing terutama kaum cina amat menitik berat mengenai tahap kesihatan berbanding dengan kaum melayu.. Nape ye..??
Perlu diingatkan:-
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutamanya dalam lingkungan umur 20 - 65 tahun adalah berisiko untuk mendapatkan kanser serviks dan perlu menjalani ujian pap smear.
Risiko Kanser Serviks lebih tinggi jika:-
- Tabiat Seks - memulakan hubungan seks pada usia yang muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (rambang) @ pasangan kita mempunyai pasangan seks yang ramai.
- Mendapat Jangkitan HPV - Jangkitan virus 'Human Papilloma' berkait rapat dengan kanser serviks
- Perokok
- Jangkitan penyakit kelamin
Nota: Ujian pap smear berkala mampu mencegah kanser servik dan menyelamatkan nyawa kita.














