Gambar Hiasan
Bagi mengelakkan kekeliruan tersebut, aku cuba senaraikan antara faktor risiko kanser payudara sebagai panduan dan pengetahuan kita semua. Jika ada yang tercicir, mungkin ada diantara rakan2 boleh bantu!!
Antaranya ialah;-
- Sejarah kanser payudara individu seperti pernah mengidap kanser payudara / ovari, pernah ada atypia pada biopsi payudara
- Sejarah kanser payudara dikalangan keluarga terutamanya keluarga yang tedekat dengan kita seperti ibu, kakak atau anak, @ kanser ini terjadi sebelum menopaus @ terjadi pada kedua-dua payudara ahli keluarga tersebut
- Usia yang meningkat
- Hamil anak pertama pada usia selepas 30 tahun (Maksudnya kita menyusu anak sulung pada usia > 30 tahun))
- Tidak menyusukan bayi
- Menopaus pada usia yang lanjut iaitu > 55 tahun
- Mereka yang tidak pernah mempunyai anak (nulipariti)
- Haid awal pada usia muda iaitu < usia 12 tahun
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan
- Pernah menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT)
Nota:
- Rajin-rajinkan diri untuk melakukan Pemeriksaan sendiri Payudara (PSP) setiap bulan
- Jalani ujian Mamogram secara berkala setelah usia > 35 tahun
4 komen yang kalian berikan, tqsm..:
tu la..
sejarah keluarga ena memg ada kanser tu..mak pun penah kene tp mase tu peringkat awal lg.. dapat diatasi.. Alhamdulillah.. memg sangat takut.. mudah2an dijauhkan lg dr terkena same..
Kak Tini, saya ada jiran tapi kami dah anggap macam saudara. Anaknya baru form 5 tahun ni, doktor sahkan dia kanser payudara. Skrg ni usia muda pon ada risiko untuk kena.
ena..
perlu ambil langkah berjaga2..kalau ada sebarang perubahan @ kelainan, kena cepat dptkn pengesahan drp anggota kesihatan
Along..
skrg ni umur bukan penentu, kdg2 pemakanan yg kita ambil seharian spt berlemak, berkolesterol boleh mengundang kpd pelbagai penyakit.
Perlu juga diingatkn, ketulan tidak semestinya kanser.
Post a Comment