Kami agak terlewat sedikit mendapatkan suntikan H1N1, nak wat cam ner, kekangan masa tapi hari ini hampir kesemua staf di pej. telah disuntik vaksin H1N1 kecuali Ann. Yalah dia sedang hamil dan sebelum mendapat suntikan H1N1, wanita hamil (kandungan melebihi 18 minggu) perlulah dibawah pengawasan doktor. Maksudnya suntikan ini perlu diperskrip dek doktor terlebih dahulu.
Tanda-tanda:-
Deman, selsema, batuk, sakit tekak serta hidung berair, tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil, dan keletihan.
jika ada diantara tanda2 ini, perlulah berjumpa doktor
Langkah pencegahan H1N1 ialah:-
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan dengan cara betul dan kerap
- Mngamalkan etika batuk dan bersin seperti menggunakan tisu dan sapu tangan
- Pastikan ventilasi dirumah sentiasa dalam keadaan baik seperti buka tingkap
- Menjarakkan sekurangnya 1 meter dengan individu dan meminimumkan majlis perjumpaan
- Memakai mask terutamanya bagi mereka yang bergejala dan berisiko tinggi
- Majikan dan guru perlu memastikan kehadiran pekerja/ anak murid termasuk mereka tidak hadir bertugas / kesekolah kerana sakit
- Elakkan mengunjungi tempat2 yang sibuk seperti pasaraya, pasar malam
- Kes2 berkomplikasi / berisiko tinggi perlu mendapat rawatan dihospital
Golongan berisiko mengikut WHO:-
- Warga emas berusia melebihi 65 tahun
- Kanak2 dibawah usia 5 tahun terutama yang berumur bawah daripada 2 tahun
- Wanita Hamil
- Orang dewasa atau kanak-kanak yang mempunyai sakit kronik termasuk masalah paru-paru kronik seperti asma, penyakit metabolik seperti kencing manis, sakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, dan juga beberapa penyakit sel darah.
Orang dewasa serta kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan (sistem imun) yang rendah disebabkan pengambilan ubat atau keadaan lain seperti HIV- Penghuni rumah untuk warga emas atau institusi merawat pesakit kronik.
Kumpulan sasar pemberian vaksin H1N1 ialah:-
- Wanita hamil (18 minggu dan ke atas)
- Pengidap penyakit kronik
- Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang
- Individu yang mempunyai berat badan berlebihan
- Orang awam yang perlu mengembara
- Kakitangan perubatan (mempunyai hubungan rapat dengan klien / pesakit)
Nota: pemberian vaksin adalah terhad maka diberi secara 'first come, first serve'
7 komen yang kalian berikan, tqsm..:
sangat risau dengan wabak nie yg belum redha kan..
ena..
Boleh dptkn t/janji kt kkm untuk suntikan H1N1. free je. ramai org kiter x tau perkara ini.
tak abis2 kan wabak ni...takutt..
Kak...mcm mane ye nak dptkan suntikan vaksin tu?sbb anak sy yg 4thn tu ade asma, dia selalu kene batuk dan selsema..boleh ke dia dptkan suntikan tu?
Fieze79..
Yalah, wabak ini masih lagi ada, kita kena ambil langkah berjaga2.
IbuHakimHaikal..
Nak dapatkan suntikan ini, pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk dapatkan informasi dan buat t/janji.
Pemberian vaksin ini sebenarnya bergantung kepada KK tersebut. Kalau kat sini diaorg had kan umur 14 tahun ke atas memandangkan vaksin ini terhad shj.
Ramai org kiter tak tau ada vaksin H1N1 percuma kt KK, itu le yg sedihnya.
Bab kesihatan, kebanyakkan bangsa 'cina' selalu kedepan, diaorg akan sebarkan sesama mereka manakala 'melayu' selalunya tercicir jauh kebelakang. Bawa le suami n famili sekali.
Thanks kak tini..sy igt nk bw anak sy yg umur 4thn tu lah...risau tgk keadaan skang ni...mcm2 penyakitkan... ;)
Hasmah..
Cuba le dptkn informasi d klinik berhampiran.
kesan lepas suntikan, bergantung kpd individu, akak ok je cuma terasa lenguh sikit bah. kena cucuk..
suami pulak demam!
Tu le akak bgtau dia, jgn ingat org bertubuh kecik x kuat. hehehe
Maaf, akak x sempat hubungi lg.. nnt le ye! susah sgt nak masuk ke blog Hasmah, agaknya tenet ni slow sgt!!
Post a Comment