Followers

Thursday, April 15, 2010

Peer Counselor Training Program - East Coast

Aku baru je sedar ada tawaran 'Peer Counselor Training Program - East Coast'  masuk melalui email.. dah masuk hari ke 3. Maklum le, sesekali je buka email akaun personal. Kalau yang rasmi  tu memang le berulang kali dalam sehari, cek jika ada urusan / surat rasmi perlu disegerakan..

Training ini akan diadakan pada:-
  • Tarikh:  30 April 2010 hingga 2 Mei 2010
  • Tempat : Leenai Homestay,  Kuantan kot! ngapanya alamat tak lengkap, udah le aku bukannya asal dari sana!
  • MAsa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Masih terfikir samada nak terima ke tak? bukan apa,  nun jauh disana.. kalau bawa keta lajupun hampir  4 jam gak baru sampai,  jika  tak mencecah jugak le 5 jam.  naik bas lagi le 7-8 jam dan pastu, cuma ada 2 kali sehari je..tak ke haru biru jadinya..

Perjalanan jauh dah jadi satu perkara, yang paling utama ialah penginapan.. kat Kuantan, faham2 je le, hari minggu pulak tu.. hotel paling murahpun (biasanya aku dok kat Mega Vue RM135/malam (gov.), seri malaysia RM 180/malam, paling tidak nak gak 3 malam.. hai.. kat situpun dah hampir RM450 - RM 600)  belum dikira lg makan minum satu keluarga, malam2 nak pekena lagi ikan bakar kat Tanjung Lumpur @ kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau pergi Kuantan, tidak sah kalau tidak masuk kedai ikan bakar yang berderet2 tu cuma kena sediakan duit belanja lebih sikit.

Sebenarnya bab duit ni adalah perkara no. 2, ia boleh dicari tapi yang penting ilmu pengetahuan tamb. pula ia boleh dikira sebagai CPD point / jumlah kursus tahunan (7 hari).. nanti le aku fikir2kan. Bab kata Along, buat solat mohon petunjuk!

k le.. Hampir jam 1.30t/hari, jap lg nak masuk keje semula, aku henti dulu le catatan ini , kalau nak editpun, balik keje karang.kalau ada ayat @ ejaan tunggang langgang.. pejam je le mata. nak cepat!

erm, nak pam susu untuk EBM Alya... bye!
 kemaskini 15min. kemudian - dalam tension2, dapat gak 9oz...

Kemaskini 16 April 2010
Keputusan: Aku terpaksa menarik diri daripada kursus ini diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. sedih bangat tapi terpaksa demi  tugasan rasmi dan keluarga  yang perlu didahulukan. huhuhu.
  1. Ada program jab.
  2. Pas keje 30.4 - 2.05.10  - kena balik kampung sebab kakak buat kenduri kesyukuran.
Tarik nafas panjang2, Insya Allah, jika ada rezeki, mungkin dilain waktu dan ketika, aku masih ada lagi peluang ini..

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Azrina said...

go go kak Tini hehehehe

umialya said...

ntah le along.. ikut kata hati nak tapi cam yg akak katakan, jauh sgt dan ambk masa 3 hari pulak tu.

Sampai 'loni', akak tak dpt bygkn, tmpt tu kt ner..tak penah dgr!

tamb. hujung bulan, time ni le keje pej. menimbun, kena siapkn laporan bagai..

hubby pulak mgkn kena tugas sbtu, ahad.. adooi,tak tau nak kata apa wat masa skrg ni! mungkin ada sinar baru pg sok!!

akak dilema..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink