Terbaca dalam sinar harian edisi Pahang hari ini, harga santan telah melonjak naik secara mendadak sehingga mencecah RM 12/kilo, jika tak silap, sebelum ini harga santan cuma RM 5.50 - RM 6.00/kilo, malangnya sejak dua menjak ini, harganya meningkat sekali ganda.
Kelapa pula dijual dengan harga RM2.50 sebiji dan semua bahan berasaskan kelapa naik. Bila perkara2 gini berlaku, mulalah kenangan lama muncul kembali, seingatku, semasa di kampung halaman dulu, kelapa tiada nilainya, kadang2 terbiar je di bawah2 pokok kelapa, sekali masak, paling tidak kena guna 2 biji, pekat sgt masakan dulu tapi karang ni, nak gunapun secukup rasa, alasan yang boleh diterima dek akal ialah untuk 'mengurangkan kolesterol' (walhal kolesterol cuma terdapat didalam makanan berasaskan daging, ayam dsb, bukan dlm sayur2an).
Dalam seminggu dua ni, kat sini, minyak masak samada dlm paket 1kg @ botol 2kg / 5kg kehabisan stok, nampaknya.. setiap hari makan makanan berasaskan air - sup sayur, sup ayam, sup daging dan pelbagai jenis sup lagi, sib baik anak2 suka makan 'gulai masam a.k.a masak tempoyak', tidak le muka dorang nanti nampak 'sup' aje.
Masa rehat t/hari tadi, adalah juga beli santan, alahai.. cair je, nampaknya peniaga mula ambil kesempatan dgn mencampurkan air ke dalam santan bagi mengelakkan kerugian dan meraih keuntungan berlipat kali ganda. Kebiasannya sekali beli sampai berpaket2 dan disimpan ke dalam p/ais untuk digunakan bila2 masa, akan tetapi apabila tengok cair semacam je, beli sepeket je.. ntah le reganya berapa td, tak pasti pulak sbb main beli dan bayar je. Maklumlah nak cepat!!
8 komen yang kalian berikan, tqsm..:
mahalnya........lepas ni ada tak kita bertukar guna susu cair plak ke..
hari ni mcm2 isu dah ena baca.. isu minyak, pastu gula.. kat sini santan.. semua dah pakat naik! Bila pulak nak naikkan gaji kan..
ayu
sedapkah jika bertukar kpd susu cair?, akak x pernah guna lg untuk masak lauk pauk ni
ena..
gaji naik? ntah le, apa yg pasti cuma HUJAN je yg turun musim2 gini. hu3
mahalnya..nampaknya lepas ni masak lemak pun tk berapa nk lemak...huhuhu
sya
menu diet.. he3
mak ai mahalnya harga santan...
kalau mcm ni guna santan segera lagi baik, hehehehe
along79
pnah gak guna santan segera tp.. rasanya x sesedap yg segar..
Post a Comment