Terima perkhabaran bahawa staf bawah jagaanku dimasukkan ke hospital sebelum dipindahkan ke hospital lain dengan segera kerana mengalami perdarahan yang teruk akibat mengandung luar rahim, operation done 3.30pm - 9.00pm
Sama2lah kita doakan yang terbaik buat dirinya, amin
Sama2lah kita doakan yang terbaik buat dirinya, amin
Kandungan Luar Rahim bermaksud embrio yang disenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar rahim. 98% berlaku pada kawasan tiub fallopia (Tubal Pregnancy). Lain2nya di ovari, serviks dan kawasan abdomen.
Info:
Di dlm tiub fallopia punyai rerambut halus dikenali CILIA, ia bergerak spt penyapu & menolak perlahan2 embrio dr kaw. persenyawaan ke arah rahim, apabila ia rosak maka pemindahan embrio ke dlm rahim secara normal akan terganggu.
Risiko:
- Jangkitan di sekitar pelvis spt gonorrhea @ chlamydia boleh mnybbkn kerosakan pd dinding tiub fallopia yg meninggalkan parut, ini menybbkn dinding fallopia hadapi kerosakan & kehilangan CILIA.
- Pembedahan ikat tiub sblm ini boleh merosakkan struktur fallipoa.
- Pernah alami masalah ini.
- Pemakaian alat dalam rahim (IUCD) tetapi peratusnya rendah sbb alat ini berfungsi menghalang kehamilan.
- Kecacatan tiub fallopia sejak lahir
- Merokok semasa pensenyawaan berlaku
- Ketumbuhan & penyakit spt endometriosis
Gejala
- Sakit perut yg teruk di sebelah kiri & kanan, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan, ia boleh menybbkn perdarahan di dlm perut & boleh membawa maut
- Perdarahan diawal kehamilan seakan2 haid & terdapat tanda2 kehamilan spt loya, muntah beberapa hari sblm ini.
- Jika pendarahan terlalu byk di dalam perut, terasa pening, lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang & belakang. kemungkinan juga ibu pengsan.
Rawatan
- Pembedahan Laparoskopi @ Laparotomi, kebiasaannya Laparoskopi KECUALI pendarahan terlalu banyak @ tidak terkawal. Kebiasaannya tiub yang rosak akan diikat dan dibuang.
9 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Seram pulak baca...Semoga Staf tue tak ada apa2...
Ya Allah kak...bila baca ntry ni mnggeletar badan saya....saya pernah alaminya dan hmpir2 hilang nyawa....Alhmdulillah masih lagi dipnjangkan umur walau sebelah kiri tiub saya telah dibuang....semoga staf tu tak tak de apa2....
Ya Allah Ya Tuhanku... sian pulak... diharap semuanya ok...
semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya..
Salam. Kak, sebulan lepas seorang daripada rakan sejawat keguguran anak kembarnya kerana mengandung di luar rahim. Allah lebih menyayanginya anak dalam kandungannya walaupun sememangnya ia dinanti2 kerana dia masih belum memiliki zuriat setelah lebih 3 tahun berkahwin. Usia kandungannya dalam sebulan..
Alhamdulillah.. beliau berada di dalam keadaan stabil, menurut doc, selain masalah di atas, kemungkinan terdpt cyst di dlm perutnya..
Terima kasih di atas doa kalian
Nur..
Insya Allah ada rezeki jika diizinkanNya
ahaya jugak kan? tapi semua ni ketentuan. bukannya kita mintak.
anisalya..
mmg ramai juga yg alami masalah spt ini, mmg bahaya jika dibiarkan
Post a Comment