Followers

Saturday, June 19, 2010

Ruam Lampin


Ruam lampin boleh berlaku kepada anak2 kecil yang memakai lampin, ia merupakan sejenis ruam berwarna merah dan merengsakan. Biasanya ia berlaku di bahagian dan di kawasan kulit yang ditutupi lampin seperti di bahagian kemaluan, celah kelangkang, peha dan punggung


Ruam lampin ini boleh terjadi sekiranya kulit bayi yang sensitif yang menyentuh:-

  • Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. 
  • Najis bayi
  • Bahan kimia seperti jenis sabun digunakan untuk mencuci lampin 
Penjagaan
  • Tanggalkan lampin sekerap mungkin dan dedahkan kepada udara
  • Tukar lampin dengan segera jika lampin basah dan kotor
  • Basuh punggung bayi setiap kali menukar lampin bagi membersihkan sisa air kencing atau lembapan menggunakan air suam
  • Sapu krim pelindung setiap kali menukar lampin (mengandungi krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink oxide) - suka jenama Pureen
  • Elak mencuci kaw. ruam dengan sabun terlalu kerap (aku suka gunakan cecair sebamed berbanding sabun ketika mandikan Alya)
  • Jangan sesekali menggunakan bedak talkum/bedak bayi
  • Gunakan pelapik lampin yang lembut 
  • Jika menggunakan lampin kain biasa, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

0 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink