Followers

Thursday, April 29, 2010

Faktor Risiko Kanser Serviks

Gambar Hiasan
Aku pasti ramai ibu diluar sana segan untuk menjalani ujian pap smear.  Mungkin disebabkan sifat malu yang menebal membuatkan ramai dikalangan kita yang mengidap 'Kanser Serviks' secara diam dan apabila dikesan positif kanser, ia sudahpun pada peringkat yang teruk.

Tidak dinafikan, bangsa asing terutama kaum cina amat menitik berat mengenai tahap kesihatan berbanding dengan kaum melayu.. Nape ye..??

Perlu diingatkan:-
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutamanya dalam lingkungan umur 20 - 65 tahun adalah berisiko untuk mendapatkan kanser serviks dan perlu menjalani ujian pap smear.

Risiko Kanser Serviks lebih tinggi jika:-
  • Tabiat Seks - memulakan hubungan seks pada usia yang muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (rambang) @ pasangan kita mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Mendapat Jangkitan  HPV - Jangkitan virus  'Human Papilloma' berkait rapat dengan kanser serviks
  • Perokok
  • Jangkitan penyakit kelamin
Sebelum tu, apa kata kita tengok beberapa contoh kanser serviks:

Gambar Hiasan
Nota: Ujian pap smear berkala mampu mencegah kanser servik dan menyelamatkan nyawa kita.

8 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

huhu.. ngeri3x..

ena blm buat lagiikkkk..
tak tau bile nak buat..
ye ye!! malu.. uwaaaa...

Yaati Nor said...

saya pun belum buat lg..mcmn nak buat yek..rs mmg nak buat..dah setahun lps bsalin tp tak buat? lg..

Umialya said...

Ena..
malu kejap je.. apa yg pntg kesihatan perlu diutamakan

Umialya said...

Yaati Nor..

salam kenal

P/Smear boleh dilakukan pada bila2 masa kecuali semasa haid/nifas.

Sebaiknya pada hari ke 10 selepas hari pertama haid.

Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat kedlm faraj 24 jam sblm pemeriksaan

Boleh buat di LPPKN,KK, Hosp, KPPK, Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yg berdekatan @ klinik swasta

Usia anak dah setahun kaan! elok le buat.. jgn malu2!!

sher zul said...

salam....

tersinggah ke sini sbb tgk blog yg kwn follow. yup me sgt setuju utk g wat pap smear. me slalu kempen kt membe2 suh buat. jgn malu n takut. fikirkn merana di kemudian hari.

sekarang ni apa social style kita tlh menyebabkn risiko kanser semakin meningkat.

fikirkan diri sendiri dan anak2 @ anak2 yg bakal dilahirkan....:)

Umialya said...

sher zul
tk sudi singgah..

betul tu..fikirkn anak2

Aimmie Qistina said...

hai kak..sy penah buat masa 5th month preggi...
perasaan:memang mengerikan tapi pikir untuk masa depan kan..
alhamdulillah takde pape

Umialya said...

mie-rahim..
tak sakitkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink