Followers

Monday, May 17, 2010

Cara meningkatkan susu ibu


Gambar hiasan
Kebanyakkan ibu masa kini adalah wanita berkerjaya termasuk le aku. Sebaik sahaja memeluk dan membelai bayi yang baru lahir, tidak dinafikan naluri keibuan amat menebal didalam diri kita. Disaat itulah kita berikrar, rela berkorban segalanya demi kebahagiaan dia
Sering kita berfikir dan risau adakah susu ibu cukup untuk bayi semasa kita keluar bekerja nnt setelah 2 bulan bersamanya?
Masalah utama kita ialah tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup mengenai penyusuan ini @ lebih tepat mengenai mengenai penyimpanan dan pengendalian susu ibu dikalangan ibu berkerjaya.

Sering juga kita dengar rungutan ibu2 berkata :  'terpaksa beri susu formula kepaada bayi sebab sudah tidak mempunyai susu yg cukup buat mereka'. Anggapan itu sebenarnya salah dan setiap ibu yang melahirkan anak, secara automatiknya dapat memenuhi keperluan nutrien yang secukupnya kepada bayi kita.

Ramai yang terkejut bila aku masih mampu memberi susu ibu sepenuhnya buat anakku sehingga kini tanpa dicampur dengan susu formula. Aku ingin menjadi 'Role Model' buat ibu2 berkerjaya bahawa kita mampu beri khasiat terbaik buat anak kita meskipun sebagai ibu bekerja.

Susu ibu dapat ditingkatkan jika:-
Gambar hiasan
i.  Lebih kerap kita mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan,

nota:  menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang.

Apabila kita  berjauhan dengan bayi, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.

Gambar hiasan
ii. Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat.

Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses.

nota:  Meletakkan flanel hangat pada buah dada  atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran.
 Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.
Gambar hiasan
iii. Jika kita  merancang untuk kembali bekerja, kita  akan merasa kurang tertekan jika sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal.

Ini bukan hanya memberikan masa untuk kita berasa yakin dengan keupayaan untuk mengeluarkan susu, tetapi kita juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.

 
Gambar hiasan
iv. Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan

nota:  jangan risau jika kita hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya.

Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada kita selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi.  Pilih masa yang mana kita tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.

Rujukan: BabyCenter.com

11 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayukhairy said...

akak, sangat setuju...
alhamdulillah..sampai skrg, stok danial tak putus2..key word, keep on direct feeding + pumping..hehe..tapi, time ari cuti, selalu gak la skip pumping..wpn danial dah pun start solid food, danial tetap juga minum byk..

Ena said...

bagusnyer..

naper la ena tak tahu mende nie mase dua org anak ena dulu.. kesian dorg sampai 5 bulan jekk.. huhu..

Umialya said...

ayu.. akak bangga ngan awak. Moga misi kita tercapai

Umialya said...

Ena

Yg lepas usah dkenang.. udah x der rezeki anak nyusu penuh. nak wat cam ner.

Akak menunggu kot2 ada perkhabaran terbaru.. sementara tu apa salahnya ena cari ilmu dan kutip pengalaman ibu2 mengenai 'bf' sebaik mgkn n pas ni boleh le join kami sekali bercerita tntg bf, breast pump dsb.

Akak ni pun sementara menunggu Alya besar je.. pastu dah x dpt nak join sekali utk bercerita mengenai pengalaman kehidupan harian nyusukan anak.

Pssst: anak2 ena pun dah makin besar..

Aimmie Qistina said...

akak..
sebenarnye hati ni sedih sgt. skrg pam kat ofis dpt 8oz je..lg sedih psl x de stok dlm freeze..dgan berat hatinye sy dah top-up dngan fresh milk...terasa sesuatu yang berat untuk sy ckp sedihnye hati....ni pasal meeting-meeting-meeting..rasa nak pump dlm bilik miting jer....hmmm...

Umialya said...

mie..
Stress memburukan keadaan. Cuba tenangkan diri..

Kalau nak ikut, akak lg stress bila fikirkan x smpai 2 mg lg kena kuar daerah hg 5 hari tp wat x tau jelah. Sibukkan diri meskipun tak sesibuk mana.

jika ada masa cuba buat power pumping sesekali. Akak suka buat pada waktu t/mlm @ awal pagi, time anak sedang tidur sbb kita boleh pump sambil rileks.

Pastikan rehat dan tidur secukup

Sudah 3 bulan akak tak ambik sbrg makanan tamb. si masih ok lg..

ayukhairy said...

betul tu...stress mmg burukkan keadaan..sbb tu ayu biarkan diri ayu stress di tempat kerja sahaja.. cuma ayu bernasib baik wpn ayu stress production mcm efek pun tak la banyak sgt..still lg on mcm biasa.. akak, byk benda nak tanya ni..lagi2 berkaitan perancang keluarga....tak pe, nnt ayu tanya akak ye..^_^

Umialya said...

Ayu nak tnye apa.. kalu boleh jwb, akak jwb le, jika x, akak senyum je..

wan syamilah said...

terkilan sbb tk cari info masa ahmad dulu...buat sendiri aje...last2 susu kurang...tk de sokongan dari keluarga & rakan keje...

Umialya said...

Sya
yg dah lepas tu, biarkan ia berlalu.. Insya Allah, dimasa akan dtg

wan syamilah said...

itula...alhamdulillah masa ira susu byk...skrg ni ira dah nk masuk 3 thn...baru slowly stop bf...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink