Followers

Friday, May 28, 2010

Penyusuan badan: bagaimana caranya untuk memastikan susuibu mencukupi??

Sering kedengaran keluhan ibu-ibu bahawa mereka sering mengalami masalah kekurangan susu ibu untuk diberikan buat bayi,  perlu diingatkan, sebaik sahaja ibu melahirkan bayi, mereka mampu menyusukan bayi sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula walaupun bagi ibu bekerja dan sentiasa sibuk, apa yang penting ialah minda kita perlulah positif.

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah ibu mengalami masalah kekurangan susuibu, panduan dibawah mungkin boleh membantu ibu mengatasi masalah di atas seperti:-
  1. Mempunyai motivasi diri (yang ini paling penting, ibu2 kena mencari dan menggali ilmu secukupnya, mesti ada yg berkata, org dulu2 x perlu belajar puuuun!!, dulu lain, sekarang lain, betul tak??)
  2. Sokongan  keluarga , terutama suami, ibu @ MIL sbb apabila  kita mendapat sokongan padu drp mereka, kita x ader le stress, jika dorang kurang bersetuju jelaskan dgn terperinci kebaikan susuibu
  3. Menyusu bayi dengan kerap (jika boleh sekerap mungkin)
  4. Pam susu di antara penyusuan ( jika kita bekerja, jgn skip, pam tetap kena pam..)
  5. Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat (mgkn ada yg kurang bersetuju, terpulang kpd individu..)
  6. Bayi  hanya diberi penyusuan ibu sahaja (jgn sesekali memberi susu formula..)
Selain daripada itu
  • Teruskan penyusuan ibu 
  • Pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara bagi penyusuan yang berkesan
  • Memberi susu dari kedua-dua belah payudara untuk beberapa kali pada satu penyusuan
  • Menyusu ibu lebih kerap dan lama
  • Berhenti menggunakan botol susu dan puting jika perlu (jika ibu bekerja, terpaksa le..)
  • Rehat secukupnya (mungkin sesekali perlu ambil cuti kot!!)
  • Letakkan bayi ke dada untuk menenangkan dia
  • Mengambil supplement tambahan atau makanan yang boleh menambah susu ibu jika perlu
  • Memerah susu di antara penyusuan (yang ini penting..)

7 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

semangat tu sudah ada tapi nak tambah baby belum ada semangat lagi.. huhu

tak pe la.. nanti kalo dah lupa ena search la kat sini kan.. n3 kat sini semua bagus2.. :)

Umialya said...

ala ena, sementara umur masih muda n anakpn dah besar, apa salahnya kaaan!

Akak nunggu je perkhabaran terbaru.

mummyrinazone beauty said...

umi...mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat tuh mcm mana ek?

mmg terpaksa guna puting botol sbb bekerja tapi ada mslah sofia reject langsung puting..dah pelbagai puting nurul beli..n minggu pertama reject..so jadual pump yang dulu masa anak pertama kena ubah siket.direct feed 2 kali time kerja..harap2 dia leh terima puting pasnie

.:fyzz:. said...

good info..fyzz pun mmg dok fully bf...tp ramai la orng yg cam tak puas hati dok suh bagi FM..kekdahnya..so bz body..biar la kan...

Umialya said...

Hezrina
Ada sesetengah kes mempunyai masalah kekurangan susu ibu, justeru itu berjumpa ngan doktor dan diberi ubat (punyai side effect tersendiri) @ makanan tambahan untuk menambah susu ibu.

Setelah susu ibu stabil, ibu2 boleh kurangkan @ hentikan pengambilan makanan tambahan dengan mengambil makanan seimbang. Ia sudah memadai dan tak perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat2an tersebut.

Umialya said...

fyzz
abaikan kata2 yang boleh membunuh semangat kita

jamilahamzah said...

erm masa 1st baby dulu, setiap kali perah dapat 2 oz jer... dah lama2 dpat 4 oz jer.. x cukup.. terpaksa bg FM.. kali ni, utk bby ke2, harap sangat susu akan banyak.. tapi rasanya nak standby supplemen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink