Followers

Friday, May 21, 2010

Makanan pejal bayi berusia 9 bulan hingga 12 bulan


3 hari lagi genaplah usia Alya 9 bulan. Cepatnya  anak ummi membesar, aku sudah nampak dia sudah tidak mengemari makanan berkisar lagi. Pantang nampak kita makan, dia seakan minta disuapkan.

Pada usia sebegini, kita sudah boleh membiasakan bayi dengan amalan makanan pejal dan memudahkannya makan bersama ahli keluarga yang lain.

Susu ibu masih merupakan komponen penting dalam diet bayi kita. Namun begitu, di akhir tahun pertama bayi, makanan pejal telah menjadi bahagian penting dalam nutrisinya. Kini, bayi lebih mudah menelan makanan, dia mempunyai lebih banyak gigi, dan telah hampir hilang refleks merodok lidah dan terjeluak (tongue thrust and gag reflexes) dan ini bermakna dia tidak lagi perlu diberikan makanan lembik.

Kemahiran bayi makan dengan sendirinya juga semakin berkembang setiap hari. Pada usia sembilan bulan, jika diberi peluang, dia mungkin sudah cuba menggunakan sudu untuk menyuap dirinya sendiri, walaupun tidak begitu berjaya. Tetapi, di akhir bulan ke-10 pula, dia akan berjaya dalam sebahagian daripada usahanya memasukkan sudu ke dalam mulutnya. Kita haruslah membantu dia dan memberi galakan dengan membiarkan dia memegang sudu sambil kita menyuapkannya.

Sekarang tibalah masa untuk memperkenalkan makanan yang dicincang halus dan yang dicincang kasar. Bayi  kian sudah mengambil makanan pejal tiga kali sehari di samping susu, dan mengambil snek seperti buah-buahan di selang waktu makan utama. Bayi belum lagi mempunyai gigi geraham untuk mengunyah makanan dengan baik sehingga dia berusia antara 18 dan 24 bulan, tetapi cara gusinya mengisar makanan dengan efisien agak menakjubkan. Bayi akan berasa tenang apabila asyik menggigit-gigit makanan jejari yang cukup keras, tetapi pastikan kita memilih sesuatu yang akan larut setelah dikisar oleh gusinya memandangkan risiko tercekik. Berhati-hatilah semasa memberi makanan yang bulat dan kecil seperti buah anggur – kita  mungkin mahu menunggu sedikit masa sebelum memberikan makanan seperti itu kepada bayi. Cuba berikan kerak roti yang dibakar keras, juga hirisan buah epal tanpa kulit, dan karot yang dimasak sekejap.

Rujukan dan salinan: BabyCenter.com

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Aimmie Qistina said...

akak...bagus info ni..tapi adalah lebih afdhal kalu ada resipi untuk baby 9 bulan akak bagi skali...hehehe..sy dah busan buat bubur +ayam/ikan+sawi+carrot...
hahaha

Umialya said...

mie_rahim..

nnt le, kalu ada yg sedaaaap n sesuai ntk anak, sama2lah kita kongsi..

(pssst..malasnya nak snap gambar masakan..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink