
.
carian goggle
Bagi ibu2 yang menyusukan anak, kebanyakan mereka mengamalkan kontraseptif jenis 'Noriday' (hormon progestogen -POPs ) kerana ia tidak mengurangkan susu ibu, perlu diingat, kaedah ini tidak boleh mencegah jangkitan Sexually Tramismitted Infection / Human Immunodeficiency Virus (STI/HIV ), pemakaian kondom adalah lebih sesuai/konsisten.
Kesibukan bekerja menyebabkan ramai diantara mereka sering terlupa mengambil pil tersebut mengikut masa yang betul dan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi kontraseptif tersebut dan kesannya ??? sekali 2 tercicir x der masalah jika:-
1) Ibu yang ada haid (samada menyusu / tidak) dan terlupa 1 atau lebih pil melebihi 3 jam
- Makan 1 biji serta merta bila teringat
- Teruskan seperti biasa setiap hari
- Elakkan hubungan seks atau guna kondom sbg kontraseptif tamb. selama 2 hari
- Jika berlaku hubungan seks tanpa perlindungan dlm tempoh 2 hari tersebut maka perlu ambil pil kontraseptif kecemasan
2) Ibu tiada haid serta menyusukan anak dan terlupa 1 atau lebih melebihi 3 jam
- Makan 1 biji serta merta
- Teruskan seperti biasa setiap hari
- Jika ibu menyusukan anak secara eksklusif dan usia bayi kurang 6 bulan, kaedah lain tidak diperlukan
Jika ada ibu2 yang bertanyakan pandangan aku, bolehkah pengambilan noriday diteruskan setelah bayi berusia 6 bulan?? jawapannya: boleeeeh, x der masalah ambil pil noriday jika ibu telah serasi menggunakannya, apa yang penting ialah anak kita mendapat khasiat susu ibu secukupnya.
Nota: Aku baru sedar, ada diantara pengikut laman ini terdiri drp. anak remaja / pelajar. Rasanya tak der masalah kot aku membincangkan isu sebegini memandangkan setiap drp mrk akan melalui 'alam dewasa' dan ia boleh dijadikan pengetahuan am..