Followers

Friday, August 13, 2010

Juadah berbuka menggunakan "Sos Alkohol"??

Pagi td terbaca berita daripada Harian Metro mengenai penggunaan sos alkohol didalam juadah masakan, terkejut sgt2.. Al.-maklum le, jab. kami ni kalau kursus mesti buat kt hotel. Mulalah timbul keraguan dan was2.. camner tu ye??

PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin.
BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel, semalam. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, sepanjang dua hari itu pihaknya memeriksa sembilan hotel dengan tumpuan diberikan kepada hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.

Untuk lebih lanjut boleh rujuk sini   Mohd Jamilul Anbia Md Denin- Harian Metro

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

Astagfirullahalazim.. tak abis2 lagi kan kes macam nie.. hanya tau nak untung je tak jaga langsung sensitiviti umat islam..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Salam,
jom singgah tengok tungku moden kat blog saya
http://bintanghatiummi.blogspot.com/2010/08/tungku-panas.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink