Mungkin ada diantara kalian yang tidak pernah minum jus pegaga, sedap tau tambahan pulak pegaga boleh dikategorikan 'milk booster'.
Yalah, aku jenis yang malas nak makan suplement itu, ini.. Pernah gak ambil MULTIVITAMIN dan EPO tapi cuma bertahan untuk beberapa ketika aje.. Justeru itu, bagi memastikan aku mendapat makanan yang berkhasiat, seimbang dan juga supaya misi aku menyusukan Alya tercapai MAKA kenalah pelbagaikan jenis makanan seperti yang terkandung di dalam piramid makanan.
Jujurku katakan, kami JARANG2 makan diluar, masak je setiap hari sebabnya cuma SATU iaitu aku tidak suka kepada 'perasa tiruan'. Jika boleh nak elakkan sepenuhnya untuk keluarga kami.
Baru jap tadi buatkan Jus Pegaga di perah limau kasturi, sedaaap!! tak caya, cubalah..
Bahan2nya:
pegaga + akarnya - cuci bersih
1 cawan air
beberapa biji limau kasturi / sebiji limau nipis
Campur pegaga dan air
kisar halus kemudian tapiskan
ambik jus pegaga shj
perah limau kasturi / nipis ke dlm jus td,
masukkan air gula secukup rasa
akhirnya masukkan ais, nyamaaaan!!!
Mungkin kalian boleh juga campurkan pegaga dan timun,ikut step di atas..
Mungkin kalian boleh juga campurkan pegaga dan timun,ikut step di atas..
5 komen yang kalian berikan, tqsm..:
sedapnya
cubalah..
ermm...nyam nyam...thanx for sharing..:-)
terima kasih kerana berkongsi..nak cuba jugaklah...
rose, zaidah.. cubalah
Post a Comment