Followers

Saturday, April 3, 2010

Radang Payudara (Mastitis)

Aku 'up'kan  semula topik ni untuk mengingatkan kita semua supaya tidak alpa aktiviti mengepam setiap hari.
  
Gambar Hiasan
Inflamasi payudara, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui puting payudara yang cedera .(Mastitis kronik ialah payudara dirasai berketul akibat kehadiran sista-sista. Mastitis Akut timbul semasa tempoh meyusukan anak)
Rujukan: Kamus Jururawat terbitan Fajar Bakti

Mastitis adalah keradangan payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan (duktus tersumbat) sebab terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Rujukan: Babycenter.com

Penyebab:-

Aliran susu terhenti dan tersumbat boleh berlaku jika:-.
  • Susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar.
  1. Anak tidak mampu mengosongkan payudara sepenuhnya semasa menyusu
  2. Cara anak melekap ke dada semasa menyusu dimana susu tidak akan disedut keluar dengan efisien.
  3. Pembengkakan payu dara yang tidak menurun dan kembali normal 
  4. Bayi tidak menyusukan mengikut rutin terjadual  
  • Ibu trauma kepada payudara, yang mana akan menyebabkan stasis susu (serangan kuman) melarat
  • Bengkak susu tidak dirawat
  • Kulit payu dara luka dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
    Tanda-tanda:
    • Payudara berasa hangat, sakit, bengkak dan merah.
    • Puting payudara merekah
    • Infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur putting terus ke sistem limfa buah dada
    • Kadangkala badan berasa letih dan gatal
    • Demam melebihi 38.5 darjah C
    • Selsema
    • Sakit Kepala
    Penjagaan:-
    • Jangan berhenti menyusu, ini akan memburukkan keadaan
    • Perbetulkan aliran susu – baiki posisi dan dakapan bayi untuk pengaliran susu lebih efektif
    • Lakukan demahan panas/sejuk (Mengikut keselesaan) sebelum menyusukan anak
    • Kerap menyusukan anak sekurang-kurangnya setiap 2 jam
    • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika merasakan bayi tidak menyusu dengan baik.
    • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
    • Minum banyak air
    • Makan ubat penahan sakit spt Paracetamol (Panadol)
    • Ambil Antibiotik  contohnya tab. cloxacililn mengikut arahan. (dibawah pengawasan doctor)
    • Rehat secukupnya
    Nota:
    • Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
    • Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.
    Info:
    Jika kita mempunyai mastitis, kita bukanlah keseorangan:   1:10 ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun kita mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali,  jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.

    9 komen yang kalian berikan, tqsm..:

    NOR HASMAH said...

    Umialya..good info..tq.. ;)

    Umialya said...

    akak upkan topik ni sbb dihati timbul rasa 'M' yg teramat sngt nak mengepam w/pun dr smlm lg B 'membengkak' je. Alya nyusupun x selesa sbb alirannya laju sngt.

    Bila teringat komplikasi akibat ngelat mengepam, baru le timbul semangat untuk mengepam semula. hehehe..

    Sekurang2nya ia sebagai peringatan untuk diri sendiri.

    NOR HASMAH said...

    Betullah kak..kadang2 tu malas bermaharajalela smpkan nk pam pun malas..huhu..peringatan utk diri sy jg kak.. ;)

    Umialya said...

    ingatkan akak sorg je yg pam ikut mood..

    Azrina said...

    Suka entry ni hehe

    Umialya said...

    n3 nipun ntk along dl.. up kembali

    Nurul said...

    vitamin 'M' saya kalo bab mengepam nie...fuhhhh...tinggi bangat...kobar2 terus nak pam sekarang...hehehhe

    Mama Zharfan said...

    me tgh mengalami benda ni sekrg..sakit sampai demam..tiba2 me ternampak entry ni..

    Umialya said...

    mama zharfan..
    bersabar ye.. cuba ikut langkah2 spt diatas, jika tak tahan sgt, baik jumpa doc. ambik ubat.

    Insya Allah.. semuanya akan kmbali spt biasa.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink